BAHAN -BAHAN:

  • 1 bungkus bihun| dicelur
  • Sedikit sawi | dicelur
  • Sedikit kubis | dihiris halus
  • Sedikit tauge
  • Sedikit daun sup | dihiris
  • Limau nipis
  • Sedikit kacang tanah | digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar
  • Bawang goreng secukupnya
  • Sambal kicap secukupnya
  • Emping cili | jika suka

 

BAHAN SUP:

  • 1 kg ayam | direbus dengan 2 liter air hingga empuk. Air rebusan disimpan.
  • 1 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 inci halia | dikisar
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1/2 cawan sos ikan
  • 1/2 cawan kicap manis
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

 

CARA MEMASAK:

 

  1. Untuk menyediakan sup, panaskan minyak dan tumis bahan dikisar serta serai hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sup bunjut dan air rebusan ayam. Biarkan mendidih.
  3. Tambahkan sos ikan, kicap, gula serta garam secukup rasa. Jika kuah kelihatan sedikit, tambah sedikit lagi air. Biarkan mendidih. Padamkan api.
  4. Untuk menyediakan bihun celup, masukkan bihun, sawi, kubis, tauge, daun sup, kacang tumbuk, bawang goreng serta isi ayam yang telah dicarikkan ke dalam mangkuk.
  5. Kemudian tuangkan kuah dengan secukupnya.
  6. Taburkan emping cili, sambal kicap serta limau nipis. Sedia untuk dinikmati.