BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 30 gm parutan coklat masakan putih
  • 120gm gula ising
  • 320gm tepung gandum
  • 60gm tepung jagung
  • 60gm serbuk badam
  • ½ sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

1.    Gaulkan gula dan mentega.

2.    Tambahkan esen vanila.

3.    Masukkan kesemua bahan. Sebatikan sehingga menjadi doh lembut.

4.    Terap guna acuan yang membentuk ais krim.

5.    Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 minit.

6.    Sejukkan dan hias dengan coklat masakan berwarna  merah jambu dan tabur chocolate rice yang berwarna-warni.

7.    Simpan di dalam bekas kedap udara.