Si bujang yang rajin ke dapur, ini ada satu lagi resipi yang simple boleh dicuba bulan puasa nanti. Tak sampai 10 minit dah siap dan sedap nyam-nyam. Tak perlu nak ke Bazar Ramadan yang sesak,masak sendiri kat rumah lagi baik dan jimat masa.

CHAR KUETIAU  BUJANG TERLAJAK SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm kuay teow | cuci dan tos
  • 4-6 ekor udang-bersih dan tos
  • 1 ekor sotong | hiris bulat, bersih dan tos
  • Sedikit hirisan isi ayam
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Sedikit tauge
  • 2 ulas bawang putih-titik
  • 2 ulas bawang merah-cincang
  • 1 sudu besar pes cili
  • 3 tangkai cili padi-titik
  • ½ sudu besar sos  tiram
  • ½ sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak secukupnya

CARA MEMASAK:

Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan

merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.

Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi

hingga layu.

Langkah 3: Masukkan sedikit air, diikuti kuetiau dan kacau rata..

Langkah 4: Seketika kemudian masukkan telur.

Langkah 5: Lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa, sos tiram

dan kicap pekat

Langkah 6: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata

dan tutup api. Char Kuetiau sedia dihidangkan.