KUALA SELANGOR - Kafe D' Marmalade  yang berlokasi di Saujana Utama dekat sini bukan sahaja menyediakan 111 jenis minuman,  malah  turut menawarkan 76 jenis masakan panas resepi keluarga, hasil air tangan bekas chef pastri dan kek hotel terkemuka.

Bagi Mazlin Mohamad, 42, tidak menyangka menu juadah 'syok sendiri' yang diusahakan bersama empat adik beradiknya yang lain  ternyata mempunyai peminat tersendiri terutamanya menu nasi putih asam pedas nyonya, nasi goreng ketam, mee hongkong dan laksa D'marmalade special.

Meskipun sudah berhenti sebagai chef sejak 1996 , Mazlin tidak betah duduk diam dan mula mengajar membuat kek dan pastri dari rumah ke rumah sehingga minat membuka perniagaan berkonsepkan  resepi orang Perak. Orang ramai yang mahu merasai keenakkan makanan di sini bolehlah terus ke  Jalan Bidara 8, SU Mall Saujana Utama. Waktu operasi kafe bermula jam, 11 pagi dan 11 malam setiap hari kecuali Rabu minggu pertama dan ketiga.