1. KEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:

370gm marjerin

380gm gula halus

500gm tepung gandum

2 sudu teh serbuk penaik

8 biji telur

Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

2 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

1.    Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.

2.    Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.

3.    Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.

4.    Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.

5.    Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.

6.    Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.

 

Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.

 

2. KEK UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:

280gm cawan marjerin

285gm cawan gula halus

5 biji telur

185gm cawan tepung gandum

1 sudu makan serbuk penaik

3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya

130gm susu pekat

1/2 sudu teh pewarna kuning

1 sudu teh esen vanilla

 

CARA MEMASAK:

1.    Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.

2.    Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.

3.    Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.

4.    Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.

5.    Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.

6.    Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.

 

Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.

 

 

3. KEK BAHULU

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

285gm gula halus

5 biji telur

1 sudu teh serbuk penaik

90gm minyak masak

1 sudu teh esen vanila

Sedikit pewarna merah dan kuning

 

CARA MEMASAK:

 

1.    Pukul telur dan gula hingga kembang.

2.    Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.

3.    Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.

4.    Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.

5.    Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.

 

Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.

 

4. KEK BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:

250gm tepun gandum | diayak

190gm gula perang

185gm mentega

 180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum

40gm kulit limau campuran

60gm ceri | dipotong kecil

5 biji telur | asingkan kuning dan putih

1 sudu makan golden syrup

 

CARA MEMASAK:

1.    Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.

2.    Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.

3.    Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit  sambil memutar adunan.

4.    Masukkan tepung berisi buah-buahan kering  dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.

5.    Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati.

6.    Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.

7.    Sejukkan kek sebelum dipotong.

 

Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.

 

5. KEK MARBLE KUKUS

BAHAN-BAHAN:

150gm gula halus

185gm tepung gandum

4 biji telur

3/4 sudu teh serbuk penaik

1/2 sudu makan ovalette | jika suka

1/4 sudu teh garam

7 sudu makan susu sejat

1 sudu teh esen vanilla

60gm minyak jagung

3 pewarna makanan pilihan

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.

3. Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

4. Bahagikan adunan  kepada beberapa bahagian dan warnakan.

5. Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.

6. Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.

7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.

 

Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.

 

6. KEK LAPIS PRUN

BAHAN-BAHAN:

310gm tepung gandum | diayak

1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung

230gm mentega

190gm gula halus

5 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

260gm susu pekat manis

80gm buah prun | dicincang kasar

Pewarna merah dan hijau secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Putar gula dan mentega sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.

3. Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.  

5. Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.

6. Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.

7. Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.

 

Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.

 

7. KEK SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:

125gm tepung gandum | diayak

190gm gula pasir

90gm mentega | dicairkan

180ml air suam

1/2 bungkus yis segera

5 biji telur

3 biji kuning telur

 

CARA MEMASAK:

1. Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.

2. Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.

3. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.

4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.

 

Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.

 

8. KEK BATIK

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur

230gm mentega

260gm susu pekat

380gm gula

375 tepung gandum

85gm serbuk koko

310gm milo

Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm

 

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.

2. Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.

3. Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.

4. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.

5. Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.

 

Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.

 

9. KEK SPAN

BAHAN-BAHAN:

125gm tepung gandum

130gm susu pekat

90gm marjerin

5 biji telur

190gm gula pasir

250ml air

1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum

1 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

1. Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.

3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.

5. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.

 

Info chef: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.

 

 

10. KEK PERMAISURI

BAHAN-BAHAN:

230gm marjerin

190gm gula halus

1/4 sudu teh garam halus

4 biji telur

250gm tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

2 sudu makan susu tepung

1 sudu teh esen ros

Sedikit kismis | hiasan

 

CARA MEMASAK:

1. Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.

2. Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.

3. Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.

4. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

 

Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.