BAHAN GULA HANGUS:

  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air panas
  • 1/2 cawan mentega

 

BAHAN KEK:

  • 2 cawan tepung gandum | ayak
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat | ayak bersama tepung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

 

CARA MEMASAK:

 

1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. Setelah gula kelihatan perang, masukkan air panas. Apabila gula dah larut, padamkan api dan masukkan mentega. Biarkan sejuk.

2. Blender telur selama 10 minit.

3. Dalam bekas berlainan, satukan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan telur yang telah diblender, esen vanilla dan susu pekat manis. Kacau sebati.

4. Kemudian masukkan air gula hangus yang telah benar-benar sejuk. Kacau sebati.

5. Griskan loyang dan lapik ‘baking paper’. Tuang adunan.

6. Panaskan ketuhar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja. Bakar kek selama 1 jam. Kemudian bakar lagi selama 10 minit menggunakan api atas sahaja.

7. Kek ini juga boleh dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.

 

Kredit gambar & resipi: Masturah Anuar via MAHN