BAHAN-BAHAN:

  • Cili padi secukupnya
  • Bawang merah secukupnya | dihiris
  • Bawang putih secukupnya  | dihiris
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan goreng bawang merah serta bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

 

2.Goreng pula cili hingga layu. Angkat dan toskan juga minyaknya.

3.Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi ke dalam pengisar.

4.Tambahkan kicap dan juga gula dengan secukupnya. Tidak perlu tambah air.

 

5.Kisar hingga lumat dan masukkan ke dalam balang.

 

6.Untuk rasa lebih enak, boleh juga dicampurkan cuka atau perahan limau kasturi.

7.Sedia untuk dinikmati. Simpan di dalam peti sejuk supaya sos tahan lama.

 

 

Kredit gambar & resipi: Amir Zarith via MAHN