BAHAN-BAHAN:

  • 200gm bihun | direndam hingga lembut
  • 2 genggam tauge  | dibuang ekornya
  • 100 gm kucai | dipotong  tiga cm
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya

 

 

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
  • Secubit belacan | dibakar
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan Kuah:

  • 1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
  • 3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
  • 3/4 sudu teh pes asam jawa
  • 1 batang serai | dititik
  • 2 keping hirisan lengkuas | dititik
  • 1 liter air rebusan kulit udang
  • 2 sudu makan  kacang tanah tumbuk
  • 1/4 cawan santan
  •  Garam dan gula secukup rasa
  • Air jika perlu

 

Bahan Sampingan:

  • Telur rebus  | dibelah dua
  • Tauhu goreng | dihiris
  • Hirisan daun bawang
  • Timun |dihiris memanjang
  • Limau kasturi | dibelah dua
  • Sambal tumis | jika suka

 

 

CARA MEMASAK:

1.    Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.

2.     Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

3.    Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.

4.    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.

5.    Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.

6.    Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.

7.    Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.

8.    Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.

9.    Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.

10.    Angkat dan hidangkan.