Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 10 orang
 
BAHAN - BAHAN:
  • 600gm ayam dipotong 18 | digoreng terlebih dahulu
  • 38gm bawang besar | dihiris
  • 160gm bawang putih dan halia | dikisar
  • 3gm bunga lawang
  • 3gm kulit kayu manis
  • 3gm bunga cengkih
  • 3gm buah pelaga
  • 120gm serbuk cili
  • 8gm serbuk jintan putih
  • 8gm serbuk ketumbar
  • 6gm serbuk kunyit
  • 6gm lada sulah
  • 8gm jintan manis
  • 260ml minyak masak
 
HIASAN:
  • Daun kari secukupnya
  • Hirisan cili hijau secukupnya
  • Tomato secukupnya | didadu
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang besar, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga berbau harum.
2. Selepas itu masukkan bawang putih dan halia kisar, masak sehingga kekuningan.
3. Masukkan jintan putih, ketumbar, serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis dan lada sulah. Kacau sehingga bahan cukup masak.
4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.