Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 6 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 300gm biskut Marie
  • 175gm mentega
  • ¼ tin susu pekat
  • 120gm gula
  • 30gm serbuk koko
  • 250ml air
  • 3 biji telur
 
 
 
CARA MEMASAK:
1. Campurkan mentega bersama susu pekat, gula, serbuk koko dan juga air.
2. Kemudian masak di atas api perlahan hingga adunan menjadi pekat.
3. Setelah itu masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
4. Atur biskut di dalam loyang segiempat dan tuangkan adunan tadi ke atasnya.
5. Selang selikan biskut dan adunan secara berlapis-lapis sehingga adunan habis.
6. Simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum sedia dipotong.