BAHAN-BAHAN KEK:
  • 2 biji telur gred A
  • 250gm lobak merah yang diparut
  • 70gm gula kastor
  • 125ml minyak jagung
  • 125gm tepung naik sendiri | diayak
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis | diayak
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat | diayak
  • ½ sudu kecil garam
  • 50gm walnut yang telah dibakar
  • 20gm kelapa kering
 
 
BAHAN KRIM KEJU:
  • 125gm krim keju
  • 60gm mentega
  • 60gm gula ising
  • Badam hancur yang dibakar | hiasan
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Putar telur dan gula sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan minyak jagung, esen dan putar sebati.
3. Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung, serbuk kayu manis, soda, garam dan kacau rata.
4. Masukkan lobak merah, walnut dan kelapa kering dan kacau sebati.
5. Masukkan ke dalam acuan bersaiz 7" yang telah bergris dan bakar pada suhu 175ºC selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan bahagikan kek kepada 2 lapisan.
6. Untuk krim keju, putarkan semua bahan sehingga kembang. Sapukan kepada setiap lapis dan seluruh kek. Hiaskan dengan badam hancur di sekeliling kek.