Sosej dan nugget memang sedap cuma pada yang nak kawal pengambilan makanan proses, anda boleh cuba buat sendiri sosej dirumah.

Kalau nak beri yang lebih sihat untuk anak-anak jom cuba resepi asas membuat sosej ni, perkongsian resepi dari Puan Siti Zarina Jaidon...

Bahan-bahan:

1 kg Isi Ayam

1 1/2 sudu teh garam

3 ulas bawang putih

1/2 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh thyme

1/2 sudu teh oregano

1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh)

1 gelas air / stok ayam

NOTA: Boleh tambah/tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

Gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim.

Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried.

Juga boleh disimpan beku.

Ini sosej ayam siap digoreng.

Selamat mencuba!