Pesakit Diabetes Jangan Takut Ambil Kurma
Hiasan

Puasa ini, buah kurma memang sangat laris. Di mana-mana sahaja kita boleh melihat dan membelinya. Namun ada segelintir kita, yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes takut untuk mengambil buah kurma kerana khuatir akan kandungan gulanya. Tetapi pembaca sekalian, ia tidak seperti yang kita sangka. Kurma bukan penambah penyakit tetapi ia dikatakan 'ubat' untuk pesakit diebetes.

 

GULA KURMA

Kurma sangat istimewa lebih-lebih lagi buah yang diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW. Kandungan protin di dalam buah kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, 2.0 hingga 4.0% serat manakala kandungan gula 50% hingga 57%. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

 

Ini bermakna, apabila anda memakan buah kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah serta merta. Berbanding gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa yang tidak boleh menyerap terus di dalam tubuh. Ia terpaksa dipecah terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagi tenaga.

 

ELAK DIABETES

Penyakit kencing manis bergantung kepada dua faktor iaitu pemakanan dan senaman. Apabila anda menghidap kencing manis, elakkan daripada mengambil nasi putih, gula putih, roti dan makanan yang menggunakan santan. Meskipun anda mengamalkan ubat-ubatan berunsurkan herba, ia tidak akan berkesan jika anda terus mengambil teh tarik atau minuman manis seperti 3 in 1 yang lain kerana di dalamnya terkandung pemanis buatan yang dinamakan sakarin.

 

Kawal makanan saja tidak mencukupi. Anda perlu banyak berehat pada waktu malam di mana anda perlu bebas dari mengambil sebarang sajian pada waktu lewat malam. Keadaan akan menjadi lebih parah jika anda tetap mahu maan pada waktu malam. Bersenam adalah pilihan tepat untuk tubuh badan sihat.

 

Memandangkan gula sumber tenaga, sumber tenaga yang baik untuk pesakit kencing manis adalah buah kurma dan madu lemah. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah."

 

Asalkan anda tidak mengambil kuantiti yang banyak dan seimbangkan dengan banyak mengambil air masak, maka anda boleh merasa kurma segigit dua. Kepelbagaian kurma dalam menu juga satu idea yang baik bagi mereka yang ingin mengambil kurma dan tidak mahu kemanisannya yang terlalu kuat. Ini juga satu idea yang baik untuk sebuah artikel. Nantikan menu berasaskan kurma dari MIDI.

ARTIKEL-ARTIKEL LAIN