• Fizo Omar Fizo Omar
1 /

SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik, Fizo Omar bakal mengikat tali pertunangan Oktober ini.

Beliau dilaporkan telah memilih Mawar Abdul Karim, seorang model tudung jenama terkenal tanah Air.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang menyatakan seorang model tudung jenama Fareeda menjadi pilihan jejaka kacak itu.

Bagi mengesahkan khabar angin itu, ibu Mawar yang juga pengasas tudung Fareeda, Faridah Zakaria menyatakan anaknya itu telah dirisik keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu.

"Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini.

"Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu," katanya.