“HADIAH terindah sempena Syawal dan hari lahir saya.” kata Nur Farah Nisha Sapri, 27, suri rumah yang memenangi wang tunai RM500 apabila menang peraduan Hari-Hari Raya.

Menurutnya, walaupun menghantar lapan borang penyertaan, namun kemenangan itu di luar jangkaannya kerana mengambil bahagian hanya sekadar mencuba nasib.

“Saya tak sangka dan tak fikir akan menang. Tapi bila ada pihak Sinar Harian hubungi beritahu saya menang, saya terkejut.

“Alhamdulillah, ini hadiah istimewa untuk Syawal kali ini dan hari lahir saya. Bolehlah saya beli baju raya dan kelengkapan raya,” katanya gembira.

DIa juga berharap Sinar Harian menganjurkan lagi peraduan seperti ini terutama di musim-musim perayaan.

“Bagus peraduan macam ini. kalau buat selalu lagi bagus terutama dekat raya. Kalau rezeki pembaca, menang peraduan sikit sebanyak dapat bantu ringankan beban kami,” katanya di Bandar Baharu, di sini.

Nur Farah Nisha berkata, keluarganya juga telah menjadi pembaca setia akhbar Sinar Harian sejak dulu lagi dan kini turut mengikuti di Facebook serta laman web.

“Semua suka baca akhbar ini, ayah mertua pula memang setiap hari beli kerana kandungannya sangat padat, bagi saya yang lebih muda memilih membaca dalam internet,” katanya.