SHAH ALAM - Individu paling dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini dipercayai berada di Dubai walaupun laporan sebelum ini pernah merujuk dia berada di Australia atau Macau.

Bagaimanapun, usaha untuk menjejaki ahli perniagaan itu masih gagal sehingga kini.

Menurut sumber, peguamnya sebagai berkata, anak guamnya kini sedang mencari perlindungan saksi sebagai pertukaran maklumat terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber berkata itu lagi, sehinggan kini tiada tarikh diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menemui peguam yang mewakilinya iaitu Kobre & Kim yang berpangkalan di New York yang mana mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan kes melibatkan siasatan merentas sempadan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low ada di Macau?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Notis merah Interpol laku tangkap Jho Low]

Difahamkan, peguam Jho Low telah menghantar email kepada SPRM untuk membincangkan kemungkinan pertemuan akan diadakan di Dubai.

SPRM percaya, Jho Low mempunyai maklumat penting mengenai skandal 1MDB dan boleh membantu mengenal pasti, memulangkan aset termasuk barang kemas yang dibeli dengan wang 1MDB.

Jho Low dipercayai kerap ke sejak 2013 termasuk bertemu dengan pegawai 1MDB dan pemimpin politik Malaysia.