KOTA BHARU - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa pembinaan lebuh raya tanpa tol tidak mungkin diwujudkan, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Pemuda Pas Negeri, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, bukan hanya isu tol sahaja, banyak lagi isu-isu lain tidak ditunaikan walaupun termaktub dalam manifesto PH pada PRU baru-baru ini.

“Isu PTPTN, isu harga minyak, janji dulu. Kemudian baru kaji boleh buat atau tidak. Semua ini kerana ghairah nak menang tanpa ingat belakang depan.

“Asal menang, tipu pun tipu lah...Semoga menjadi iktibar rakyat yang memilih,” katanya kepada Sinar Harian di sini.