KUALA LUMPUR - Sinar Harian bersama NGO Serantau Muslim menggerakkan misi bantuan  kemanusiaan ke kota Palu, Sulawesi Indonesia hari ini.

Misi bantuan sehingga 20 Oktober itu melibatkan empat kakitangan NGO Serantau Muslim dan seorang wartawan Sinar Harian berlepas ke Sulawesi pagi ini.

Bantuan #SekapalberasuntukPalu menyasarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pasca bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda kawasan berkenaan.

Kota Palu yang digegarkan dengan gempa berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami yang melanda bandar iu, pada 28 September lalu telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Difahamkan di sebahagian Kota Palu memperlihatkan kesukaran hidup yang dihadapi penghuninya selepas kejadian berkenaan.

Orang ramai ingin turut membantu boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank 564276529068 Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Gempa 7.7 magnitud landa Sulawesi, seorang maut, 10 cedera ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Palu dilanda tsunami selepas gempa kuat ]