PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memendekkan tempoh perkhidmatan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkuatkuasa 1 Julai depan.

SPR menerusi kenyataannya berkata, perkara itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 7 Jun lalu.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dimaklumkan melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun," katanya.

Mohd Hashim Abdullah menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Januari 2016.

SPR merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan di suruhanjaya itu.