PUTRAJAYA - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.18 pagi ini.

Kehadirannya merupakan hari ketiga berturut-turut untuk kali ke lima dipanggil memberi keterangan.

Zahid mengenakan baju berwarna putih tiba  dengan menaiki kenderaan Lexus berwarna putih.

Semalam dan kelmarin, Zahid memberi keterangan selama lapan dan sembilan jam.