Walaupun anda dan pasangan sudah lama atau baru berumah tangga pasti tidak terlepas daripada dugaan. Salah satunya pertelingkahan kecil atau kata orang gaduh-gaduh manja.

Sebenarnya itu memang jadi asam garam, tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan hubungan suami isteri berantakan. Sayang betul kalau rumah tangga yang sudah dibina berbelas atau puluh tahun terlerai begitu sahaja.

Selain memastikan hubungan sentiasa hangat dan membara, kita juga digalakkan berdoa agar rumah tangga dibina dilimpahi kasih sayang berpanjangan.

Admin nak kongsi beberapa doa paling mustajab jika diamalkan oleh suami atau isteri. Insya-Allah rumah tangga akan kekal hingga ke jannah.

Doa diberikan keluarga sakinah

 "Ya Allah ya Tuhan ku, berilah kepada aku  ilham untuk tetap mensyukuri nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada kedua orang tuaku. Sungguh aku telah bertaubat kepada-Mu dan sungguh aku adalah termasuk golongan orang-orang yang berserah diri".

Doa untuk kekalkan kasih sayang

"Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patulah pada Allah supaya kamu beroleh kemenangan"

Doa untuk keluarga bahagia

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"

Doa diberi ketenangan

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, yang percaya dengan pertemuan dengan-Mu dan menerima apa yang menjadi anugerah-Mu dan rela terhadap ketentuan-Mu".

Doa memperoleh keturunan yang soleh

 "Ya Allah bukakanlah pintu kebajikan, barokah, nikmat, kekuatan, rezeki, kesehatan, keselamatan, dan surga kepada kami. Yaa Allah yaa Tuhan kami, hindarkanlah kami dari bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah kepada kami dengan kebenaran Al-Quran yang besar dan Nabi-Mu yang mulia dari kejahatan dunia dan akhirat. Semoga Engkau mengampuni kami dan mereka dengan rahmat-Mu. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".

Doa pembuka rezeki yang halal

 "Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, amal yang diterima, anak yang baik lagi soleh, rezeki yang yang halal, barakah, baik dan membawa kebaikan serta diluaskan di dunia dan akhirat".

Doa isteri perlu lakukan jika suami enggan solat

 "Dengan menyebut nama Allah atas diri kami, harta dan agama kami. Ya Allah, redhailah kami dari ketetapan-Mu. Berilah keberkatan kepada kami atas segala apa-apa yang telah Engkau putuskan, sehingga kami tidak suka mempercepat apa yang Engkau akhirkan dan tidak pula mengakhirkan apa yang telah Engkau percepatkan".

Doa agar dikurnia keluarga yang taat beragama

 "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku".