Buah kurma memang hidangan terbaik yang boleh memberi kita tenaga berkekalan untuk bekalan seharian berpuasa. Kebiasaannya waktu sahur atau ketika berbuka kita akan menjamah buah kecil ini. Tetapi sebenarnya buah kurma juga boleh di pelbagai cara kegunaannya.

Antaranya adalah dengan merendamnya dengan air dan boleh diminum begitu sahaja. Cara ini dipanggil air nabeez yang bermaksud air rendaman. Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan kemudian diminum keesokan paginya ketika mahu bersahur.

Air nabeez juga dikatakan merupakan sajian kegemaran Rasulullah SAW.

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.

Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.

Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,

Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).

Walau bagaimanapun diingatkan eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.

Bahan diperlukan:

Kurma

Air suam

Cara membuatnya:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan carikkan isi kurma berkenaan.

2. Rendam isi kurma dalam air masak sebelum tidur. Letak di luar tak perlu simpan dalam peti sejuk.

3. Bolehlah diminum esok untuk bersahur.

p/s: Jangan campurkan kurma dengan kismis. Kalau mahu buatlah air secara berasingan. Diingatkan juga eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.

Khasiat Air Nabeez:

1. Minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu proses pembuangan

2. Kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaaan tubuh. Juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Ia juga sangat berguna sebagai detox.

SUMBER: TRIBUNNEW.COM