Ini tip untuk orang berniaga menjemput rezeki. Melatih diri dengan menganggap dalam rezekinya ada rezeki orang lain juga. Baca perkongsian Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman ini untuk agar anda fahami konsepnya.

Siapa yang ada bisness pernah habiskan semua duit yang ada dalam akaun waktu raya untuk sedekah pada keluarga dan orang keliling tanpa takut sama ada cukup atau tak untuk diri sendiri dan keluarga? Ya habiskan semua..

Tiba-tiba tengok dalam akaun duit tak henti-henti masuk walaupun langsung tak promote apa-apa barang sepanjang 2 minggu cuti raya? Dan satu demi satu invoice pun boleh settlekan..

Latih diri untuk anggap rezeki yang ada bukan hak milik kita tapi pinjaman yang Allah beri untuk panjangkan dan sampaikan pada org lain yang memerlukan..

Janji Allah pasti nak dapat lebih memang kene beri lebih..perniagaan salah satu cara dan ruang kita berbakti dan beri manfaat pada org lain..bagi saya marketing terbaik dan cara menjemput rezeki adalah dengan berkongsi rezeki..jangan letak harta di hati kelak kita akan jadi tamak untuk melepaskannya tapi letaklah di tangan agar tak lokek memberi..

Tak percaya? Cubalah..

Sumber/Foto: FB Noorfazila Binti Abdul Rahman