Semua ibu ayah tak mahu anak terjebak pada perkara tidak elok jadi kena buat amalan untuk elakkan mereka daripada perkara-perkara negatif. Jangan tungguu anak dah besar baru nak buat amalan ini. Kena mulakan sejak mereka bayi lagi.

Berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar sentiasa melindungi anak kita daripada perkara-perkara buruk. Maklum sahaja dunia sekarang banyak cabaran dan pengaruh negatif yang susah hendak dikawal. Hanya pada Allah sahaja kita meminta bantuan perlindungan.

Ustaz Khailil Razak yang merupakan pakar motivasi pelajar berkongsi nasihat yang diperolehi daripada seorang maulana. Katanya ia mesti diamalkan oleh semua ibu ayah.

AMALAN NAK HINDAR ANAK TERJEBAK PERKARA TIDAK ELOK

Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana. Bagus untuk parenting. Namanya Maulana Jamal. Masa tu first time jumpa dengan Maulana Jamal di majlis kahwin Ustaz Khann Da'ie. Saya tau beliau ni adalah guru kepada isteri saya masa di madrasah. Maulana Jamal ajar isteri saya kitab bukhori. Masa saya kawin dengan isteri saya hari pertama.

Isteri saya minta satu permintaan "boleh saya minta sesuatu ngan awak?" Saya terdetik dalam hati "aik.. baru je kawin dah nak permintaan?" Maklumlah kami tak pernah kenal.. Hehe saya kata apa dia? "Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz-ustaz saya sebab saya sayang ustaz-ustaz yang pernah ajar saya agama sampai jadi alimah"

Allahu.. Saya ingat nak minta apa tadi. Saya kata insyaAllah. MasyaALlah dalam hati saya kalaulah semua pelajar malaysia ada sifat dengan guru macam ni. Buat hubungan dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu. Berkatnya hidup.

Saya sapa ustaz "Assalamualaikum Ustaz. Ustaz Jamal kan? Saya suami kepada anak Hj Aris Bangi. Boleh saya duduk makan sekali ngan ustaz? "Ustaz kata owhh masyaAllah silakan-silakan.. "Anta motivator pelajar ya?" Aik.. Saya peranjat macamana ustaz tau. Saya kata "sikit-sikit la ustaz belajar-belajar cakap depan pelajar.Doakan saya ustaz.."

Ustaz Jamal terus bagitau saya "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah, boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!"

Saya kata "masyaAllah ustaz boleh.. Apa ek ustaz?"

Ustaz Jamal kata "bagitau semua bapa, buat amalan ni. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah.Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi. Masa masukkan duit dalam tabung rm1 ke rm10 ke. Masa tu niat dalam hati.. YaAllah... Pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku. Ya Allah pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku. Sebab apa? Sebab begitu banyak batil-batil kejahatan-kejahatan yang ada yang kita susah nak kawal zaman ni. Hanya Allah boleh bantu. Sebab apa masa sedekah? Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadis sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan.."

Saya tak terfikir bila Ustaz Jamal cakap macam tu. Saya baru terfikir begitu banyaknye sekarang ni batil-batil yang berlaku di keliling kita. Anak-anak terdedah dengan website-website yang tak elok, Wifi dan sebagainya. Suami pulak terdedah dengan perkara-perkara yang menjadi sebab maksiat. Isteri hari ni berapa ramai yang dikelilingi kebatilan. Bermesra dengan suami orang. Bergelak ketawa di office. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang. Benda-benda ni semua kita tak boleh nak kawal. Susah nak kawal. Hanya denagn amalan sahaja minta Allah pecahkan. Ya Allah ampuni dosa kami.

Ustaz Jamal bagitau lagi.. "Amalan ibu pula. Setiap lepas solat fardhu. Doa benda yang sama. Ya Allah pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku. Ya Allah pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu. Hadis nabi sebut doa sangat makbul lepas solat fardhu."

Ya Allah...saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna untuk saya dan isteri saya dan semua orang. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yang Ustaz Jamal bagitau saya. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah-sekolah, saya tak pernah lupa untuk bagitau perkara ni pada ibu bapa.

Ya Allah...jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri suami kami daripada maksiat dan dosa. Kami tak mampu ya Allah. Kami lemah dan dhoif. Ampunilah kami... Aamiin...

Sumber: Ustaz Khailil Razak via Petua Ibu