Tuhan menduga umat-Nya dengan pelbagai cara. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, soal jodoh dan juga didatangkan dugaan penyakit oleh-Nya.

Ini semua adalah untuk melihat sejauh mana hamba-Nya bersyukur dan sentiasa mengingati Allah Yang Maha Esa.

Jika kita ditimpa sakit walaupun demam, memang sukar untuk bergerak bebas dan segala aktiviti akan terbatas.

Biarpun sudah bermacam-macam-macam ubat yang kita makan, ta[i jika tanpa izin-Nya tetap tidak akan sembuh juga.

Walau bagaimanapun, kita jangan sesekali berputus asa. Kena sentiasa ingat, Tuhan bagi penyakit kerana dia sayangkan pada kita.

Mungkin ada beberapa perkara sebelum itu buat kita terlepas pandang dan ini adalah salah satu amaran supaya terus taat pada-Nya.

Selain makan ubat, kita juga boleh mengamalkan doa tertentu daripada ayat suci al-Quran untuk kesembuhan penyakit.

Video doa pendek berdurasi 15 saat yang telah dikongsi di laman facebook Imam Muda Aizat ini telah ditonton 1.2 juta netizen dan di share hampir 136,719.

Doa yang dibaca oleh Imam Muda Aizat ini cukup mudah untuk dihafal dan dengan suara bacaan terang menyebabkan video ini memang menambat hati netizen.

Ertinya: Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah. Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang aku rasakan dan aku khuatirkan.

Jadi jom kita amalkan jika sedang dalam kesusahan ditimpa penyakit, moga Tuhan ringankan beban sakit berkenaan. Insya-Allah.