Buat yang suka shopping barangan berjenama ini ada berita baik untuk korang. Semalam, 15 Jun secara rasminya Genting Highlands Premium Outlets (GHPO) dibuka kepada pengunjung.

Ia merupakan premium outlet kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. Lokasi shopping ini juga adalah premium outlet pertama di Asia Tenggara yang terletak di tanah tinggi.

Jadi sambil bercuti di Genting Highland wajib singgah di GHPO. Boleh bayangkan betapa selesa dan syoknya bershopping di tempat yang sejuk semula jadi.

Dengan kos RM200 juta, ia dibangunkan di kawasan seluas 55,741 kaki persegi. GHPO ini mengandungi lebih 150 outlet pereka yang menawarkan pembeli tawaran harga penjimatan 65 peratus setiap hari.

Selain jenama pakaian, kasut,aksesori premis makanan dan minuman juga turut disediakan di sini. Kedudukan yang strategik di kawasan percutian tumpuan, GHPO dijangka akan menarik lebih kurang 20 juta pengunjung setahun.

Lokasi ini hanya mengambil masa perjalanan 45 minit daripada Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri selain banyak kemudahan pengangkutan untuk sampai ke sini. GHOP dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Tak sabar rasa nak pergi. Bagi yang balik raya ke pantai timur boleh singgah sini dulu beli buah tangan untuk mak dan ayah kat kampung.

Kredit Foto: Facebook Rizal Hakimm