Macam mana anda hiburkan hati anak-anak musim cuti sekolah ini, sudah ada plan menarik? Haaa... tak perlu gigih keluar mencari tempat menarik sebab kalau anda tidak pergi bercuti bolehlah bawa anak-anak ke Mid Valley Mega Mall (Centre Court) yang bermula pada 15 Mac 2017 bagi menyertai aksi bersama karnival “Disney Junior Mickey dan Roadster Racers”.

Pastinya ini akan menjadi pengalaman interaktif yang menarik untuk kanak-kanak dan keluarga kerana program ini dianjurkan dalam skala penuh, dengan 3 roving trak berhias akan mengelilingi tiga lokasi di seluruh Malaysia:

1. Kuala Lumpur

Centre Court, Megamall Midvalley

15-26 Mac 2017

Meet & Greet: 18 & 19 Mac 2017

 

2. Pulau Pinang

Gurney Paragon

29 Mac – 4 April 2017

Meet & Greet: 1 – 2 April 2017

 

3. Kota Bharu

Aeon Mall

6 – 8 April 2017

Anak-anak akan enjoy sebab di sana ada banyak aktiviti menarik yang bertemakan Roadster Racers antaranya perlumbaan dengan kenderaan Roadsters mereka sendiri melalui laluan perlumbaan Hot Bod Hill Race, siap dapat lesen peribadi Roadster! Lagi best, anak akan berpeluang buat topi keledar Roadster sendiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti seni dan kraf yang bertemakan Mickey.

Ingaaattt... Mickey and Racers Roadster akan ditayangkan di Disney Junior (ASTRO Ch613) pada 24  Mac, jam 2.30 petang.

Apa Yang Istimewa Kartun Terbaru Mickey and the Roadster Racers

Sepanjang tengok kartun yang ditayangkan, anak-anak memang akan gelak sebab watak kartun Mickey, Minnie, Goofy, Donald, Daisy, Pluto dan kawan kawannya berlumba “Roadster Racing” itu cukup kelakar. Confirm anak 'layan' sampai habis!

Haaa... jangan sampai terlepas ya, siri Mickey and the Roadster Racers ini akan disiarkan di Disney Junior (Astro Ch 613) dan Disney Channel (Astro Ch 637) mulai 24 Mac 2016, jadi jangan lupa tonton dengan anak-anak!

Mickey and the Roadster Racers Carnival

Ini antara apa yang menarik, anda boleh terus ke Centre Court, Megamall Midvalley untuk tengok apa yang ada di karnival Mickey and the Roadster Racers.

1. Ada aktiviti mewarna

2. ‘Arts & crafts’

3. F1 simulator

4. Game terbaru Mickey Mouse

5. Buat lesen Roadster’s Racer

6. Anak-anak boleh merasa naik kereta Roadsters

Serius, anda patut bawa anak dan mereka pasti teruja naik kereta Roadster. Yang penting, bila join “Mickey and the Roadster Racers Carnival” semuanya percuma, ya!

Siri Mickey and the Roadster Racers

Premier: Jumaat, 24 Mac 2017 jam 1:30 petang di Disney Junior, Disney Channel, dan Disney XD

Waktu siaran biasa: Setiap hari 2:30 petang di Disney Junior; jam 8:00 pagi di Disney Channel

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi karakter-karakter Disney and the Roadster Racers ini di Mid Valley Mega Mall (Centre Court) dari 15 hingga 26 Mac 2017.