KEKUATAN dan tenaga adalah penting untuk orang dewasa terus melibatkan diri dalam kegiatan yang digemari, dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti bersama orang tersayang.

Untuk membantu menjadikan Malaysia lebih kuat, Abbott memperkenalkan beberapa inisiatif yang menggalakkan kekuatan fizikal dan cara-cara untuk menguruskan kesihatan otot, dan pada masa sama, mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Ensure Gold Roving Kombi diperkenalkan di Larian Kekuatan Ensure Gold, baru-baru dan ia merupakan pameran bergerak yang akan menuju ke 150 kedai farmasi di seluruh Semenanjung Malaysia.  

Sepanjang tiga bulan akan datang, Ensure Gold Roving Kombi akan menawarkan ujian kesihatan kekuatan secara percuma, memberi maklumat dan menganjurkan aktiviti untuk masyarakat Malaysia belajar tentang kesihatan otot dan bagaimana pemakanan yang baik dan senaman memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan kekuatan otot.

Kombi juga menawarkan sampel Ensure Gold dengan HMB dalam perisa gandum baharu yang selanjutnya boleh menyokong rakyat Malaysia mengekalkan kesihatan otot. Rakyat Malaysia boleh menjejaki perjalanan Ensure Gold Roving Kombi dengan mengunjungi https://abbottnutrition.com.my/campaigns/roving-kombi-outlet.

Untuk memulakan pameran bergerak Ensure Gold Roving Kombi, Abbott telah menganjurkan Larian Kekuatan Ensure Gold yang pertama, baru-baru ini, yang disertai lebih 600 rakyat Malaysia. Larian 2-kilometer yang diadakan di Eco Ardence, Maya Park di Setia Alam ini mengetengahkan pelbagai stesen Kombi dan halangan yang ditumpukan pada kekuatan, dengan aktiviti mesra keluarga dan maklumat tentang kesihatan otot.

Pengurus Besar bahagian pemakanan Abbott di Malaysia, Robert Cleveland, berkata bermula pada usia 40 tahun, seorang dewasa yang sihat boleh mengalami kesusutan jisim otot sehingga 8 peratus setiap dekad, tetapi dari sudut positif, dengan pemakanan yang wajar dan senaman, kesusutan otot boleh dibalikkan.

"Apabila usia kita meningkat, kekuatan bukan sahaja salah satu anugerah paling penting yang kita miliki, tetapi juga penting untuk kita kekal aktif dan berdikari. Kami menggalakkan semua orang dewasa Malaysia untuk terus proaktif dalam menjaga kesihatan otot mereka supaya boleh terus melakukan perkara-perkara yang digemari,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan tambahan Ensure Gold, sila layari https://abbottnutrition.com.my/ products/ensure-gold.

INFO:

Menjelang 2035, 15% penduduk Malaysia akan berumur 60 tahun ke-atas. - Jabatan Perangkaan Malaysia, Ogos 2017