MERASAI sendiri bermalam di Club Premier Suite di Berjaya Time Square terasa diri umpama pelancong dari luar, menikmati keindahan malam di tengah ibu kota, sungguh mengujakan.

Ketika diundangkan untuk pelancaran Club Premier Room dan Suite, sesungguhnya kedua-dua bilik ini tampil dengan gaya eksklusif yang terletak di tingkat 17 hingga 20.

Sementara itu, Club Lounge juga dibuka secara rasmi khas untuk tetamu yang menginap di Club Premier Room & Suites di tingkat 14 hotel ini.

Hotel ini mempunyai sambungan terus dengan sistem monorel melalui stesen Imbi. Mudah ke sini dengan jarak 6 minit perjalanan menaiki monorel dari KL Sentral dan 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Keistimewaan Club Lounge

Suasana di dalam Club Lounge di dominasikan dengan dekorasi dalaman bergaya moden dan elegan. Penataannya sungguh memukau dan membuatkan tetamu rasa selesa dan ingin menghabiskan masa yang lama di sini.

Ia juga sesuai menjadi lokasi untuk mengadakan perbincangan , mesyuarat atau sekadar menghabiskan masa santai memandangkan suasananya yang sungguh cosy.

Bagi tetamu yang menginap di Club Premier Room & Suite ini, sarapan disediakan percuma untuk 2 orang setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Selain itu turut disediakan complimentary evening cocktails with canapa platter dari jam 5.30 – 8.00 pm di tingkat 14 juga yang menjanjikan panorama bandar Kuala Lumpur yang indah.

Bilik penginapan

Sebaik melihat bilik yang serba mewah dan luas di Club Premier Room hati terasa lapang dan sungguh menenangkan. Sentuhan dekorasi bergaya moden kontemporari melatari ruang bilik. Pendek kata keluasan bilik ini membolehkan anda berjogging tanpa sebarang masalah.

Serba serbi selesa, bilik air juga disediakan ruang bath tub dan shower yang berasingan. Nah inilah masanya untuk anda memanjakan diri di ruang serba privacy ini.

Tilam bersaiz king yang empuk membuatkan tidur anda lena diulit mimpi. Memang tidurmu sungguh berkualiti tanpa gangguan.

Untuk keselesaan tetamu, bilik dilengkapi dengan sistem hiburan dan saluran TV kabel. Kemudahan membuat teh / kopi dan bar mini juga disediakan.

Bilik ini juga menyediakan Handy Phone yang boleh anda bawa ke mana-mana sepanjang menginap di hotel ini.

Anda boleh membuat panggilan tanpa had bukan sekadar dalam negara kamu juga boleh buat panggilan ke lima buah negara tanpa di kenakan sebarang cas.

Selain itu diskaun 20% diberikan untuk bil makanan dan minuman di mana-mana restoran dan cucian dobi dua helai pakaian juga secara percuma.

Hotel ini juga menawarkan akses langsung ke Berjaya Times Square Shopping Mall juga taman hiburan dalaman.

Hotel ini mempunyai kolam renang dan sauna untuk mereka yang suka berekreasi. Sebuah pusat kecergasan dan dua gelanggang skuasy disediakan. WiFi percuma disediakan di seluruh hotel.

Pilihan restoran

Restoran Big Apple menyediakan masakan antarabangsa yang boleh dinikmati oleh tetamu sambil menyaksikan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah.

Harga bagi bufet sarapan pagi adalah RM58 bagi dewasa manakala  RM29 bagi kanak-kanak. Sementara Broadway Lounge menyajikan makanan ringan dan koktel.

Di Fourteenth Restaurant menawarkan pengalaman yang makan malam secara fine dining bersaksikan panorama ibukota.

Terletak di tingkat 15 yang menyediakan pelbagai menu makanan yang unik dan minuman yang terbaik selari dengan cita rasa antarabangsa. Dibuka dari 6.30 pm – 10.30 pm, Isnin – Sabtu di mana boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa dan  2 bilik khas yang boleh memuatkan antara 8 – 12 orang. Fine dining di sini menarik kerana makanan dimasak dengan segar.

Restoran ini pernah memenangi anugerah The Best Fine-Dinning Restaurant.

Sesungguhnya Hotel Berjaya Time Square Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang menarik buat anda yang ingin bermalam di tengah ibukota.

Lokasi yang strategik pastinya sesuai menjadi pilihan pelancong dari luar Negara mahupun tempatan.