MERCU tanda pelancongan yang telah dilawati oleh lebih 600,000 pengunjung sejak pelancaran tidak rasmi 29 November 2015.

Freeport A’Famosa Outlet (FAO) secara rasmi membuka pintunya kepada orang ramai hari ini apabila disempurnakan pembukaan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Akhirnya pengunjung boleh merasai keunikan pengalaman membeli belah sambil bersantai. Outlet ini menawarkan lebih 60 gedung fesyen, sukan, aksesori, beg dan kasut berjenama di dalam bangunan yang berkeluasan 180,000 kaki persegi. Berkonsepkan membeli belah dalam bangunan terbuka, Sejak dibuka kepada pengunjung pada 28 November lalu, ia telah menerima lebih 650 pengunjung.

Berkonsepkan warisan sejarah Belanda di Melaka, FAO pasti menggamit hati pengunjung yang dilengkapi dengan sebuah tasik buatan, air pancut, karusel dan kincir angin. Reka bentuknya adalah hasil ilham firma arkitek terkemuka dari Australia, LGM Architecture. Reka bentuknya adalah mengikut standard antarabangsa dan bercitarasa tinggi.

Hanya lima minit daripada persimpangan Tol Alor Gajah melalui Lebuh Raya Utara – Selatan, ia menawarkan akses yang mudah kepada pengunjung baik dari Lembah Kelang, Melaka dan bandar-bandar berdekatan selain mampu menarik pelancong sekitar 15 juta yang melawat Melaka setiap tahun. Outlet ini menawarkan lebih daripada 1,600 tempat letak kereta percuma dengan tambahan sebanyak 1,000 lagi menjelang pertengahan tahun ini.

Antara jenama fesyen unggul yang terdapat di sini adalahNike, Cotton On, Puma, carlo Rino, Samsonite, G2000, Forever 21, Esprit , Folli Follie dan Sacoor Brothers. Antara jenama yang dibuka baharu-baharu ini termasuklah Marrybrown, Kickers, Travel For Alll, Akemi Uchi, Beverly Hills Polo Club dan ke semua Outlet ini sudah disewa sepenuhnya oleh peruncit. Menjelang pembukaan fasa kedua yang dijangka siap pada penghujung tahun ini, sebanyak 40 buah lagi kedai akan ditawarkan kepada pengunjung.

Menurut Pengarah Komersial Peruncitan Freeport, yang berpangkalan di London, Chris Milliken, matlamat utama kami adalah untuk menawarkan pengalaman membeli belah di mana pengunjung boleh menghabiskan masa sehari suntuk untuk membeli belah, menghabiskan masa bersama orang tersayang dan keluarga. Pengalaman membeli belah di sini menjanjikan keseronokan untuk semua golongan, tidak kira tua mahu pun muda. Kami yakin mereka akan merasai pengalaman melawat Freeport A’Famosa sebagai satu keseronokan kerana di sini kami menawarkan sesuatu untuk setiap orang, tidak kira golongan berusia mahu pun anak-anak muda.

FAO dibuka berikutan kejayaan dan sambutan yang diberikan oleh pelanggan di dua outlet, masing-masing di Johor Bahru dan KLIA di mana konsep ini semakin diminati oleh rakyat Malaysia. FAO merupakan satu usaha kerjasama antara Freeport Retail Ltd yang berpangkalan di Pall Mall, St. James, London. United Kingdom dengan Langkah Reality Sdn. Bhd, pemilik A’Famosa Resort Hotels yang terletak bersebelahan dengan FAO.

Sejak pembukaan tidak rasmi penghujung tahun lalu, Chris Milliken berkata, kami telah mengadakan banyak aktiviti dan kempen-kempen di mana sasaran kami adalah golongan muda antaranya termasuklah menganjurkan Ms Tourism Queen of the Year International 2015 di mana seramai 60 peserta seluruh dunia bertanding selain menerima kunjungan 45 penulis blog fesyen. Sementara itu satu froum mengenai fesyen turut diadakan di mana semua ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan aliran trafik dan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk di Alor Gajah dan negeri Melaka umumnya.

Menurut beliau, konsep pelancongan sambil membeli belah kini semakin digemari dan sering kali menjadi pilihan utama kepada pelancong. Kami sesungguhnya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada mercu tanda pelancongan utama di negeri Melaka dan kami akan sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan dan Bahagian Promosi Pelancongan di pejabat Ketua Menteri Melaka.

Kami juga akan merangka beberapa program untuk menarik pelancong tempatan mahu pun luar negara untuk berkunjung ke sini.

Ketika ini terdapat sebanyak 350 outlet yang sudah bertapak di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah dan kebelakangan ini ia menunjukkan pertumbuhan yang pesat di rantau Asia. Ketika ini baik di pihak peruncit mahu pun pelanggan, mereka semakin peka dengan kelebihan yang ditawarkan oleh peruncit di outlet dan ia dianggap sebagai pelengkap kepada kewujudan pusat-pusat membeli belah serta membeli belah di dalam talian.

Menurut Chris Milliken, pembangunan outlet sebanarnya banyak memberi ‘konsep menang –menang’ kepada peruncit dan pelanggan – banyak memberi keuntungan kepada mereka. Pelanggan biasanya akan merasa seronok dengan aktiviti membeli belah sambil beriadah di mana lebih satu billion orang melakukannya setiap tahun dan jumlah itu semakin meningkat lebih 10 peratus setiap tahun.

Mengenai a’famosa

Mengambil nama sempena kubu peninggalan penjajah Portugis yang cukup terkenal yang dibina pada abad ke-16. A’Famosa resort dikelilingi oleh bukit dengan pemandangan hijau. Mempunyai keluasan 520 hektar, ia cukup terkenal dengan lapangan golf bertaraf antarabangsa yang direka oleh arkitek padang golf tersohor dari Australia, Ross C. Watson. Sementara Taman Tema Air, Animal World Safari, Cowboy Town, Resort Hotel, Condotel dan villa – menawarkan tarikan tersendiri kepada pengunnjung. Didirikan pada tahun 1992, hari ini ia menjadi antara mercu tanda pelancongan utama di Malaysia – menjadi tumpuan bukan sahaja untuk aktiviti perbincangan perniagaan tetapi juga untuk bersantai kerana di sini ia menawarkan segala-galanya untuk anda.

Freeport retail

Freeport merupakan antara perintis dalam industri outlet di Eropah di mana konsep ini di bawa masuk ke Eropah dari Amerika Syarikat. Outlet pertama dibuka pada 1994. Sejak itu sebanyak 12 outlet sama ada diuruskan oleh pemaju tunggal dan pihak pelabur atau kerjasama dengan pihak ketiga telah dibuka. Freeport telah membuka 5 outlet di UK dan beberapa buah lagi di Portugal, Sweden, Itali, Republik Czech dan Slovakia dan ketika ini sedang membangunkan sebuah outlet lagi di Lyon, Perancis.

Freeport A’Famosa Outlet merupakan projek pertama syarikat tersebut di Asia Tenggara dan pihak syarikat berhasrat untuk mengembangkan lagi sayap mereka di rantau ini. Mereka telah mengenalpasti rakan kongsi di Manila, Filipina di mana kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun ini dan pihak syarikat juga sedang berusaha untuk mengembangkan sayap di Jakarta, Indonesia dan Macau. Freeport merupakan syarikat swasta yang berpangkalan di pall Mall, St James, London, United Kingdom.