DENGAN kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 yang sedang berlangsung, keseronokan dan keterujaan terus dirasai! Para peminat bola sepak di seluruh dunia bersorak gembira untuk pasukan kegemaran mereka. Dengan ‘demam bola sepak’ yang semakin hangat, the Curve dan eCurve telah berkolaborasi untuk membawa kemeriahan kepada peminat bola sepak dengan kempen terbaharu mereka, Road to Glory!

Mengambil tempat di Fashion Court the Curve dan Centre Atrium eCurve, penggemar bola sepak dijemput untuk menyertai pelbagai permainan dan aktiviti menarik yang disediakan dari 6-15 Julai ini.

Fashion Court diubah menjadi arena yang menampilkan pelbagai booth permainan bertemakan bola sepak. Para pengunjung berpeluang untuk bermain Nintendo Switch, atau mencuba permainan Realiti-Maya PlayStation 4.

Selain itu, penggemar sukan bola sepak boleh menunjukkan kemahiran mereka di tapak Foot-Pool dan Bola Sepak Velcro Dart. Ruang tempat duduk turut dilengkapi dengan skrin TV yang menyiarkan perlawanan terbaharu dan sorotan perlawanan terkini.

Melalui kempen ini juga, the Curve turut bekerjasama bersama Birkenstock menyediakan hadiah-hadiah hebat bernilai RM4,000 untuk pengunjung!

Sementara itu, eCurve menganjurkan kejohanan FIFA 18 Football bagi penggemar permainan video dan para peminat bola sepak. Pusingan kelayakan diadakan pada 7-8 Julai, dan pemain-pemain yang berjaya akan ke peringkat akhir pada 14-15 Julai. Juara bakal membawa pulang hadiah wang RM2,500 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM1,500 dan RM1,000.