Ekoran pendedahan Ammar Alfian mengenai kisah percintaannya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Puteri Sarah akhirnya bersuara dengan menafikan tuduhan tersebut sambil menganggap tindakan Ammar sebagai tidak matang. 

“Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya.
 
“Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Syamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang," ujar Sarah yang dipetik daripada GUA.
 
Dalam perkembangan lain, rezeki lakonan nyata masih berpihak kepadanya apabila Sarah bakal muncul dalam beberapa drama terbaru untuk tayangan di TV Alhijrah dan RTM.