Yay, raya datang lagi! Syabas buat adik-adik yang berjaya melengkapkan ibadah puasa tanpa ponteng selama sebulan. Adik-adik memang hebat lah! Adik-adik pasti akan seronok, kerana kali ini kami kongsikan rancangan televisyen menarik khas buat adik-adik semua sempena raya kali ini. Ziarah paling utama, tetapi selepas penat-penat beraya, jom tonton TV pula…ingat jangan sampai lupa untuk mengulangkaji pelajaran ya!

 

TV3

Bas Raya (Hari raya kedua)

Sidek dan keluarganya begitu teruja untuk pulang beraya di kampung. Kegembiraan mula dirasai, namun ia cuma sementara apabila Sidek dan keluarga ditipu oleh ‘ulat tiket’. Dapatkah mereka beraya di kampung? Saksikan telefilem lakonan A R Badul, Nabil, Ilya Buang, Sheila Mambo, Achong dan Fahrin Ahmad

 

Misteri Malam Raya (11 Ogos 2013)

Mengisahkan tiga orang rakan yang dijemput untuk berbuka puasa bersama rakan lama mereka pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang. Akan tetapi rakan lama mereka ditemui mati dan mereka bersama-sama menyelesaikan misteri kematian tersebut.

 

TV2

Zombi Kampung Pisang (Hari raya Kedua)

Ketenteraman  dan kedamaian Kampung Pisang tiba-tiba bertukar kecoh dan huru-hara pada satu malam. Kekecohan bermula selepas kematian Pak Abu, diikuti beberapa orang kampung yang lain. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Awie, AC Mizal, Que Haidar, Soffi Jikan, Ezlyn dan ramai lagi.

 

NTV 7

How to Train Your Dragon ( 11 Ogos 2013 )

Berkisahkan tentang pengembaraan seorang anak muda yang ingin memburu seekor naga tetapi akhirnya mula rapat dan berkawan dengan anak naga yang dijumpainya.

 

ASTRO RIA

Hantu telur (17 Ogos 2013)

Mengisahkan tentang Ozi, seorang Anak Dara Tua yang baru putus cinta dengan kekasihnya, Rizal seorang pemain bola. Suatu hari, dia berjalan dan berjumpa dengan sebiji telur yang berwarna pink. Dia mengutipnya dan membawa telur itu pulang ke rumah.

 

Opah Raya Stail! ( 8 Ogos 2013)

Kisah Meon menetap bersama neneknya, Opah (Nek Yon) yang mempunyai masalah pendengaran, di bandaraya Kuala Lumpur. Selama ini, dia sibuk dengan kerja dan menggunakan alasan itu untuk tidak pulang ke kampung ketika musim raya. Namun, pada tahun ini, Nek Yon sudah memberikan kata putus, bahawa mereka harus pulang ke kampung. Nek Yon menggunakan alasan rindukan anak perempuannya, walaupun alasan sebenarnya ialah untuk bertemu dengan ‘kekasih lama’ di zaman remajanya, Tuk Tam, yang khabarnya, baru saja pulang ke tanahair selepas lama ‘menghilangkan diri’. 

 

Selamat menyambut Aidilfitri buat semua pembaca setia E-Baca dari kami di E-Baca!