• TEMASYA Sukan SEA ke-29 kembali semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas 16 tahun dalam suasana gilang gemilang dan penuh berwarna -warni tatkala Kuala Lumpur menyambut 4,900 atlet terbaik dalam pelbagai acara sukan terbesar di Asia Tenggara.
  • MALAYSIA tidak mempunyai pilihan kecuali wajib mengalahkan pendahulu Kumpulan A, Myanmar dan Laos untuk mengesahkan slot separuh akhir pada saingan bola sepak lelaki temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

  • MALAYSIA, dengan sasaran 11 pingat emas, masih menunggulkan carta pungutan pingat emas Sukan SEA ke-29 selepas mengumpul dua lagi pingat gangsa daripada acara maraton lelaki dan sepak takraw acara regu berpasukan, hari ini.
  • SKUAD lelaki negara terus mempamerkan rentak cemerlang apabila memenangi perlawanan ketiga berturut-turut dalam acara ragbi 7 sebelah.
  • SKUAD wanita negara sekadar meraih satu kemenangan dan dua tewas dalam acara ragbi 7 sebelah yang berlangsung di Stadium MBPJ Kelana Jaya hari ini.
  • MALAYSIA dikecewakan dalam perlawanan penentuan bagi pingat gangsa acara polo air wanita apabila mereka kalah kepada Indonesia 1-5, hari ini.
  • SKUAD ragbi 7 sebelah lelaki negara meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Singapura 12-10 sebentar tadi.
  • SKUAD sepak takraw negara gagal menyaingi kehebatan musuh tradisi Thailand setelah tewas 0-3 pada perlawanan terakhir liga sepusingan di Stadium Titiwangsa, hari ini.
  • KERUSI Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu diisi segera bagi memudahkan penyelesaian beberapa masalah.
  • ATLET berbasikal BMX negara, Noor Quraataina Mamat, 21, mengharap tuah basikal dihadiahi ibunya untuk meraih pingat buat negara pada Sukan Sea 2017.
  • SKUAD ragbi 7 sebelah lelaki negara bermula langkah kanan apabila menewaskan Kemboja 51-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.
  • PASUKAN negara tidak berhadapan masalah besar untuk menundukkan Brunei dalam perlawanan separuh akhir acara bola jaring Sukan Sea Ke-29 di Stadium Juara, sebentar tadi.
  • TEMASYA Sukan Sea ke-29 dirasmikan hari ini, detik bermulanya perjuangan memburu pingat emas dan tambah mengujakan temasya kali ini menghimpunkan kehadiran paling ramai juara dunia dan pemenang pingat Olimpik yang mencipta nama dalam tempoh dua tahun lalu untuk membawa temasya rantau ini lebih gemilang.
  • EVERTON menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Diego Costa.
  • PEMAIN baharu Everton, Gylfi Sigurdsson mengidamkan kejuaraan bersama Everton selepas menyertai kelab itu dari Swansea dengan nilai perpindahan £45 juta (RM190 juta).
  • REAL Madrid dilaporkan kembali mengejar penjaga gol Manchester United, David de Gea.
  • PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mempertikaikan tindakan Philipe Coutinho yang mahu meninggalkan Liverpool dan menyertai Barcelona.
  • PEMENANG emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling memohon maaf atas kenyataannya ‘mengajar Malaysia satu atau dua perkara’ menjelang temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, malam ini.
  • AKSI pertama skuad futsal wanita Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kompleks Sukan Panasonic di sini bermula baik apabila menewaskan Myanmar 2-1.
  • ZYLANE Lee Yhing Huey terkejut dan tersentuh apabila mengetahui rakan sepasukannya Gan Hua Wei mendedikasikan pingat emasnya untuk beliau.
  • SKUAD bola jaring negara gah menempatkan diri ke separuh akhir apabila dengan mudah menewaskan Filipina di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.
  • TUAN rumah Malaysia pasti akan tersenyum lebar susulan langkah kanan permulaan menuai kilauan emas sebaik sahaja melangkah masuk ke Stadium Nasional untuk upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-29 esok malam.
  • PENEMBAK elit negara, Nur Suryani Mohd Taibi menjangkakan saingan sengit bakal hadir daripada penembak Singapura dan Thailand dalam usahanya membidik keputusan positif dalam acara menembak Sukan SEA Kuala Lumpur yang berlangsung di Lapang Sasar Subang dari 21 hingga 26 Ogos ini.
  • TIDAK berminat untuk berpura-pura menunjukkan muka di stadium bagi mendapatkan sokongan.
  • TEKONG utama negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi mempunyai misi tersendiri dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur apabila mahu menjadikan temasya itu sebagai medan mengembalikan maruah sepak takraw negara selepas sering kali dibayangi kehebatan pasukan Thailand.
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan pemain skuad bola sepak negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang melakar dua kemenangan dalam peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017 supaya tidak mempedulikan apa diperkatakan di media sosial.
  • KESILAPAN pemanah Myanmar pada set pertama acara final compound berpasukan campuran bukan bermakna Malaysia mendapat kemenangan mudah pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.
  • SKUAD sepak takraw kebangsaan tidak berdepan masalah apabila mudah menundukkan Brunei 3-0 pada aksi pertama peringkat round robin acara berpasukan lelaki Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) di Stadium Tertutup Titiwangsa hari ini.
  • MINAT yang mendalam selain pendedahan awal terhadap sukan renang sejak berumur tujuh tahun membuahkan hasil buat atlet renang berirama negara Gan Hua Wei, 18, apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara Rutin Teknikal Solo pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
  • PASUKAN memanah negara menambah koleksi emas ketujuh Malaysia di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) hari ini.
  • KEDAH muncul johan keseluruhan Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 apabila meraih 10 Emas, 3 Perak 2 Gangsa selepas meninggalkan pencabar terdekatnya, Selangor di tempat kedua dengan 6 Emas 8 Perak 3 Gangsa.
  • PEMANAH negara, Mohd Juwaidi Mazuki memberi hadiah istimewa sempena kelahiran anaknya, Aisyah Humaira dengan sebutir pingat emas dalam acara memanah berpasukan compound lelaki, semalam.
  • PENJARING gol kemenangan skuad negara ketika menentang Singapura, N Thanabalan mengakui faktor kehadiran penyokong ke Stadium Shah Alam kelmarin bagi memberi sokongan menjadi pencetus kebangkitan untuk menundukkan negara jiran itu.
  • PENGENDALI skuad bola sepak Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu pemain terlalu gembira dengan dua kemenangan yang telah dicapai menentang Brunei dan Singapura setakat ini.
  • KETUA Jurulatih futsal lelaki negara, Chiew Chun Yong menyifatkan Myanmar lawan yang sukar dan tidak boleh dipandang rendah menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Panasonic Shah Alam, petang ini.
  • MALAYSIA memintas Indonesia dalam kutipan pingat, apabila memperoleh tiga emas hari ini menerusi memanah dan renang berirama, menjadikan kutipan pingat keseluruhan kepada empat emas menjelang pembukaan rasmi Sukan SEA 2017, Sabtu ini.
  • PERENANG berirama negara, Gan Hua Wei mencipta kejutan apabila meraih emas dalam acara rutin teknikal solo di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.
  • ORANG ramai diminta untuk tidak menyentuh atau mengalihkan 'benda' yang telah diletakkan di tempat duduk anda sewaktu acara pembukaan temasya Sukan Sea ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • MALAYSIA mahu membuka kempen acara futsal lelaki dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di laman sendiri dengan langkah kanan apabila bertemu Myanmar di Kompleks Sukan Panasonic di sini, esok.
  • FILIPINA akan menjadi tuan rumah Sukan SEA akan datang pada 2019 seperti dijadualkan selepas kerajaannya menimbangkan semula keputusan awalnya untuk tidak menganjurkan acara itu berikutan krisis dalaman di wilayah selatan Mindanao, menurut beberapa laporan media Filipina
  • JUARA bertahan, Chelsea perlu belajar daripada kesilapan lalu saat pertemuan menentang Tottenham Hotspur, Ahad ini.
  • SEMUA pemain di Liverpool inginkan Philippe Coutinho terus kekal di Anfield musim ini.
  • MALAYSIA perlu meraih kemenangan pertama dalam acara futsal wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bagi mengulangi sekurang-kurangnya pencapaian pingat gangsa yang pernah dimenangi dalam edisi 2013 di Myanmar.
  • TIADA atlet Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) termasuk beberapa orang kenamaan (VIP) yang akan mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan itu, dikecualikan daripada ujian dadah.
  • SKUAD polo Malaysia berazam untuk mengulangi kejayaan memenangi pingat emas oleh pasukan negara 10 tahun lepas pada Sukan SEA Nakhon Ratchasima.
  • KEM memanah kembali menceriakan skuad negara apabila menghadiahkan dua pingat emas dalam acara Compound berpasukan lelaki dan wanita di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) yang berlangsung di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), sebentar tadi.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan bola sepak negara menewaskan Singapura 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 2017, malam tadi.
  • KELEBIHAN beraksi di laman sendiri mahu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penembak wanita muda negara, Nur Izazi Rosli, untuk memburu pingat emas dalam penampilan sulung pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • GUGUP dan hilang fokus dilihat punca kekalahan 1-2 skuad wanita negara kepada Filipina dalam aksi sulung mereka dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini, malam kelmarin.
  • MALAYSIA melakukan kebangkitan dramatik menumpaskan Singapura 2-1 dalam saingan kumpulan A bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
  • LALUAN Malaysia untuk ke suku akhir dalam acara snuker perseorangan lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dilihat mudah apabila bakal berhadapan dengan peserta bukan pilihan dari Thailand pada pusingan awal acara itu.
  • MALAYSIA layak ke perlawanan separuh akhir selepas cemerlang menewaskan juara bertahan Singapura dalam acara bola jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • MALAYSIA mendapat kemenangan pertama dalam pertandingan polo air lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, apabila menewaskan Filpina 8-7 di Pusat Akuatik Negara, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil di sini hari ini.
  • PEMANAH wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh gagal mempertahankan emas dimenangi dua tahun lalu di Singapura apabila hanya berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara kompoun individu wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebentar tadi.
  • JAWATANKUASA Pengelola KL2017 (Masoc), mengumumkan kebenaran kepada penonton bola sepak yang telah membeli tiket perlawanan Malaysia-Brunei untuk masuk secara percuma ke perlawanan Singapura-Malaysia di Stadium Shah Alam, hari ini.
  • PINGAT emas pertama Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) diraih Malaysia dalam acara Chinclone (linking).
  • PELARI pecut kedua terbaik negara, Jonathan Nyepa tidak risau dengan cabaran sengit yang bakal diterimanya dalam acara 100m lelaki pada Sukan Sead Kuala Lumpur 2017.
  • NADA yakin disuarakan Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk menghadiahkan sebutir pingat emas buat kontinjen negara dalam cara perseorangan lelaki Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • PERTAHANAN skuad bawah-22 (B-22) , Adam Nor Azlin berjanji tidak mengulangi kesilapan membiarkan gawang negara dibolosi seperti ketika melakar kemenangan ke atas Brunei.
  • PENGENDALI skuad Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee mengharapkan pasukannya tidak lagi mengalami masalah ketumpulan penyudah dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan Sea 2017 (KL2017) menentang Singapura di Stadium Shah Alam, malam ini.
  • BINTANG pecut Thailand, Jirapong Meenapra tidak akan membiarkan Khairul Hafiz Jantan bersinar di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melawat Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil di Kuala Lumpur, hari ini yang menjadi titik tumpu penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • HARAPAN Malaysia untuk melakar kejayaan sulung dalam acara polo air kecundang, selepas skuad lelaki negara kalah tipis 3-4 kepada Indonesia dalam perlawanan awal di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, hari ini.
  • VINCENT Kompany menyebut Manchester City kini lebih fleksibel berbanding era Roberto Mancini.
  • BEKAS pertahanan Liverpool, Jamie Carragher menilai Chelsea perlu kekal tenang walaupun mencatat kekalahan dalam permulaan musim Liga Perdana Inggeris.
  • BINTANG pecut Thailand Jirapong Meenapra mengakui pelari pecut Malaysia Khairul Hafiz Jantan ialah pelari pecut terbaik rantau ini pada ketika ini berdasarkan prestasi mengagumkan pelari itu, dan yang perlu ‘dikalahkan’ dalam acara 100m dan 200m Sukan Sea Kuala Lumpur.
  • DUA atlet lawan pedang negara, Natasha Ezzra Abu Bakar dan adiknya Nur Afrina Abu Bakar mahu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk membantu kontinjen negara meningkatkan pungutan pingat.
  • PENEMBAK negara, Nur Suryani Mohamed Taibi percaya kelebihan beraksi di laman sendiri akan membantu usahanya dalam menyumbang sesuatu buat kontinjen negara menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), yang akan membuka tirai Sabtu ini.
  • PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara yang berjaya mengalahkan Brunei dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 (KL2017) malam tadi.
  • JURULATIH skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22), Datuk Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun menang tipis 2-1 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di sini, malam tadi.
  • MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin percaya skuad bola sepak bawah 22 (B-22) negara berpotensi untuk melangkah lebih jauh pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) selepas menyaksikan sendiri pasukan negara menewaskan Brunei 2-1 pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • SEBANYAK 36 perlawanan akan berlangsung dalam tempoh dua hari untuk ragbi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan pastinya kualiti padang menjadi cabaran besar.
  • MALAYSIA mencatatkan kemenangan ke atas Brunei 2-1 dalam perlawanan pembukaan bola sepak kumpulan A Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam,sebentar tadi.
  • "KEDUDUKAN Manchester United di teratas Liga Perdana Inggeris buat masa ini bukan suatu yang dapat dibanggakan lagi," demikian kata pengurusnya, Jose Mourinho.
  • JOSE Mourinho tidak menyangka Nemanja Matic kini beraksi bersama Manchester United.
  • PENYERANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo bakal berdepan hukuman berat kerana tindakannya menolak pengadil ketika aksi pertama Piala Super Sepanyol, lapor agensi berita China Xinhua.
  • PERLAWANAN pembukaan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Brunei pada 22 Ogos di Taman Ekuestrian Putrajaya, menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal berdepan dengan kerabat diraja Brunei.
  • BARISAN pemain negara mendapat laluan mudah apabila mendapat 'bye' pada pusingan pertama acara skuasy pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula 21 Ogos ini.
  • DUA aksi pertama menentang Filipina esok dan Myanmar Khamis ini menjadi penentu kepada sasaran pingat gangsa skuad bola sepak wanita kebangsaan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • SULTAN Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • DIBAWA ke gelanggang sejak bayi oleh bapanya yang merupakan pembantu jurulatih skuad bola tampar kebangsaan, telah menarik minat Khairol Shazrime Shamsaimon, 16, untuk terlibat aktif dalam sukan itu.
  • JAGUH lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa dipilih sebagai pembaca ikrar atlet pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
  • NADA tegas disuarakan Datuk Ong Kim Swee kepada pemainnya agar tidak melakukan tindakan kurang bijak yang boleh menghukum pasukan menjelang aksi pertama Kumpulan A menentang Brunei di Stadium Shah Alam, malam ini.
  • MALAYSIA mempunyai peluang lebih cerah meraih emas awal menerusi acara chinlone untuk melakar permulaan manis dalam kempen Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) ketika tumpuan terarah acara memanah untuk meraih emas pertama kontinjen negara pada Rabu.
  • KETUA jurulatih skuad menembak kebangsaan, Park Sang Soon yakin anak buahnya bakal menyumbangkan lima atau enam daripada 14 pingat emas yang dipertaruhkan pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) .
  • KEMENANGAN 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion dilakar Manchester City ketika berkunjung ke Stadium Amex menjadikan The Citizens calon pilihan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
  • PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp tidak terlalu kecewa keputusan seri dicatat The Reds ketika berkunjung ke Vicarage Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.
  • ROKOK, pisau dan mercun serta makanan ringan 9jajan) seperti kuaci dan kekacang dilarang dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), 19 Ogos ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengadakan Kongres Agung Tahunan ke-63 lebih awal iaitu pertengahan bulan depan.
  • LEBIH banyak ujian dadah akan dijalankan pada Sukan SEA Kuala Lumpur termasuk pemeriksaan darah yang diperkenalkan pada Sukan Singapura untuk membersihkan temasya itu daripada penipu.
  • SELAIN pergerakan badan bersama alunan muzik yang memukau perhatian penonton di gelanggang, pakaian skuad gimnastik berirama (gimrama) yang berkilauan turut mampu mencuri perhatian.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuka tawaran kepada mana-mana individu untuk menerajui badan induk bola sepak negeri itu bagi penggal 2017-2021.
  • KERAJAAN Negeri Terengganu bangga apabila 75 daripada 845 atlet yang bakal membawa cabaran negara pada temasya Sukan Sea, Kuala Lumpur 2017 (KL2017) merupakan anak jati negeri itu.
  • MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru semua rakyat Malaysia agar bangkit bersama dan menyokong atlet tempatan yang akan bertanding dalam temasya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 nanti.
  • LIVERPOOL enggan melayan rayuan Philippe Coutinho yang meminta dijual ke kelab lain.
  • PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte menolak ramalan awal skuadnya mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
  • PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy kecewa selepas mereka gagal mempertahankan kelebihan ketika bertandang ke Emirates, awal pagi semalam.
  • BEKAS pertahanan Manchester United, Gary Neville berkata, Arsenal bukan pencabar tulen Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
  • WALAUPUN dibarisi ramai muka baru, ia tidak akan menggugat semangat juara bertahan, Thailand untuk mempertahankan ibu segala pingat pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
  • SKUAD bola sepak bawah 22 (B-22) Indonesia tiba semalam untuk menyertai Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), namun enggan melayani permintaan media tempatan untuk ditemu ramah.