PEMAIN tengah import Pahang, Mohamadou Sumareh menafikan telah mendapatkan status kerakyatan seperti tersebar di laman sosial sejak kelmarin, lapor ROSILAWATI ROSEDI

Ini berikutan gambar pemain kelahiran Gambia itu tersebar didakwa berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) oleh netizen yang menganggap pemain tersebut telah mendapatkan status tersebut.

Ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp semalam, pemain berusia 23 tahun itu memberitahu perkara tersebut tidak benar.

Sebaliknya, Sumareh menjelaskan ia adalah gambar lama ketika bersama penyokong.

“Jangan dengar daripada laman sosial. Itu tidak benar dan gambar itu adalah gambar lama,” katanya lagi.

Sumareh adalah tonggak utama Pahang dan menyarung jersi Tok Gajah sejak musim lalu dan menghasilkan enam gol dalam saingan Liga Super 2017.