JURGEN Klopp memastikanLiverpool bakal berbelanja besar musim panas ini dalam mengharungi saingan liga musim hadapan.

Musim ini Liverpool berjaya membawa masuk pemain baharu seperti Sadio Mane, Joel Matip, dan Georginio Wijnaldum selain penjaga gol kiper Loris Karius.

Bagaimanapun, The Reds tampil agak kurang konsisten selepas beberapa pemain utamanya dibelenggu kecederaan sekaligus hilang peluang dalam merebut trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Kini, peluang mereka hanya merebut dalam kelompok empat terbaik bagi menempah tiket Liga Juara-Juara, musim hadapan.

Klopp berkata, kami perlu menjadi pasukan yang kuat kerana pesaing kami memiliki kualiti yang luar biasa.

"Jadi kami juga perlu jadi seperti mereka beraksi dengan 100 peratus.

"Ya... memang ada beberapa pilihan dan kami perlu beraksi dalam banyak perlawanan. Jadi, jelas kami tahu tentang kecederaan yang membelenggu pemain dan ia jelas mempengaruhi kami.

"Kecederaan memang tidak dapat dielakkan. Kami sudah belajar banyak perkara dan kami perlu membawa masuk pemain baharu," katanya.