BERGERAK sebagai satu pasukan! Demikian tegas pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon yang mahu rakan sepasukan dalam skuad Hijau Kuning bermain sebagai satu unit ketika berdepan Pahang pada final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Katanya lagi, Lang Merah juga perlu memperkemas benteng pertahanan, kurang membuat kesilapan dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan andai mahu memenangi perlawanan tersebut.

"Pahang ada barisan serangan yang mantap, jadi kami perlu pasang strategi untuk pastikan gawang kami tak bocor.

"Kami juga perlu berwaspada dengan kelincahan Sumareh (Muhamadou). Dia mesti dirantai dan perlu diberi perhatian khusus.

"Begitu juga dengan pemain Pahang yang lain. Apa pun, saya harap kami mampu menyerang dan bertahan dengan baik.

"Sedikit kealpaan pasti membawa padah, jadi kami perlu fokus sehingga minit akhir perlawanan," katanya.