BIARPUN PKNP FC menewaskan Kedah 1-0 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak malam tadi, namun ia jelas belum cukup untuk menyekat skuad Lang Merah itu untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

Biarpun sekadar menurunkan kesebelasan kedua, Kedah dilihat berjaya menyekat asakan PKNP FC bagi menjaringkan lebih banyak gol pada perlawanan berkenaan.

Keputusan berkenaan sekali gus menyaksikan Kedah marake separuh akhir dengan agregat 6-2, hasil kemenangan 6-1 pada suku akhir pertamadi Stadium Darul Aman, Alor Setar, 1 April lalu.