PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho menyebut Wayne Rooney telah memasuki penghujung karier.

"Perkara ini sukar untuk saya katakan kerana saya pernah alami situasi yang sama begini, pemain luar biasa dengan sejarah hebat dan akhirnya memasuki masa akhir kariernya.

"Saya mengalami situasi itu di mana pun termasuk ketika di Inter Milan, Real Madrid, dan Chelsea," katanya. 

Menurutnya, ini termasuklah melihat pemain bintang seperti Frank Lampard dan Didier Drogba di akhir karier mereka. 

Tambahnya, dia faham dengan situasi ini kerana kadang-kadang pemain merasa mereka masih berusia 24 dan 25 tahun. 

"Tapi saya rasa Rooney amat memahami kelab ini (MU). Jika dia kecewa, dia sembunyikannya. Rooney adalah pemin yang bagus," katanya.

Musim ini, Wayne Rooney baharu tampil dalam 24 kali perlawanan Liga Perdana Inggeris yang mana 10 daripadanya adalah sebagai pemain gantian. 

Mourinho dilihat lebih gemar untuk menggunakan khidmat Zlatan Ibrahimovic sebagai penyerang utama pasukan. 

Untuk rekod, Rooney, 31, merupakan pencetak gol terbanyak untuk MU sepanjang sejarah kelab tersebut dengan 253 gol sejak direkrut pada tahun 2004.