Cover Hari Ini

Syarat-syarat lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf

Syarat-Syarat Umum Lawatan



  • Waktu lawatan adalah dari hari Isnin hingga Khamis sahaja.
  • Tiada sesi lawatan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
  • Terdapat hanya dua sesi lawatan untuk setiap hari iaitu pada jam 9.00AM (Sesi Pagi) dan 2.30PM
       (Sesi Petang).
  • Setiap lawatan akan mengambil masa kira-kira tiga jam.
  • Jumlah maksimum untuk setiap kumpulan lawatan adalah seramai 50 orang sahaja.
       (Anggaran 1 bas)
  • Hanya lawatan berkumpulan sahaja yang akan diterima manakala permohonan individu tidak akan
       dilayan.
  • Bagi permohonan lawatan dari sekolah rendah, hanya pelajar tahap dua sahaja iaitu tahun 5 & 6
       yang akan diterima. Pelajar Prasekolah, tahun satu, dua, tiga dan empat tidak dibenarkan.


  • Prosedur Permohonan Lawatan



    Permohonan rasmi secara bertulis berkepala surat sahaja yang akan diterima dan diproses. Nyatakan perkara-perkara berikut di dalam surat permohonan anda:


  • Tarikh cadangan lawatan.(Tarikh dan Masa)
  • Jumlah pelawat serta pengiring
  • Objektif lawatan
  • Nombor HP dan Email untuk dihubungi

  • Surat permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

    Surat permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya Satu bulan sebelum tarikh lawatan. (Sekiranya tarikh tersebut penuh, kami akan menghubungi anda untuk cadangan tarikh yang lain)


    Emelkan surat permohonan lawatan kepada:

    lawatan@karangkraf.com


    Atau Poskan kepada:

        Unit PR dan Korporat Komunikasi
        Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
        Lot 1, Jalan Renggam 15/5
        Off Persiaran Selangor, Seksyen 15
        40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia


    Sila hubungi eksekutif kami di talian 03-5101 7348 untuk sebarang pertanyaan.

    Surat maklumbalas akan diberikan melalui emel lengkap dengan Lampiran A (Maklumat Pelawat), tentatif lawatan, polisi keselamatan lawatan, deklarasi keselamatan dan peta.



    Semasa Lawatan



    Mohon untuk bawa kesemua lampiran yang diberikan atas tujuan keselamatan


  • Sila bawa bersama Surat Maklumbalas Lawatan dan serahkan kepada pondok pengawal apabila
       sampai ke premis kami.
  • Lengkapkan Lampiran A (Maklumat Pelawat) dan serahkan kepada Eksekutif Lawatan yang
       bertugas.
  • Sila tandatangan Deklarasi Keselamatan dan serahkan kepada Eksekutif Lawatan yang bertugas
       sebelum lawatan bermula.

  • Hanya kumpulan lawatan yang menyertakan surat jawapan daripada pihak kami sahaja yang akan dibenarkan masuk untuk lawatan.

    Alamat premis untuk lawatan adalah seperti berikut:

        Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd (Lihat peta)
        Lot 1, Jalan Renggam 15/5
        Off Persiaran Selangor, Seksyen 15
        40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia


    NOTA: Pihak kami berhak membatalkan atau menunda tarikh lawatan jika terdapat acara/majlis rasmi syarikat.


    Polisi Keselamatan Ketika Berada di Bahagian Operasi