Cover Hari Ini
GARIS PANDUAN PERMOHONAN SUMBANGAN
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Corporate Social Responsibility (CSR), Kumpulan Media Karangkraf telah menetapkan garis panduan untuk sebarang permohonan bagi sumbangan majalah/buku. Garis panduan berkaitan dengan perkara ini adalah seperti berikut:

1. Surat rasmi yang dihantar hendaklah diposkan ke alamat:

    Permohonan Sumbangan Bahan Bacaan
    Kumpulan Media Karangkraf
    Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
    Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam, Selangor

    UP: Pengurus Komunikasi Korporat
           Mohd Shawalludin Fitri Bin Mohd Taha

Atau
Emelkan ke alamat: pr_corporate@karangkraf.com



Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan kepala surat, tarikh dan waktu majlis berlangsung, anggaran jumlah tetamu, tujuan sumbangan dimohon, maklumat lengkap pemohon beserta nombor telefon, nombor faks dan emel untuk dihubungi

2. Surat yang tidak disertakan dengan kepala surat, tarikh dan waktu majlis berlangsung, anggaran
    jumlah tetamu, tujuan sumbangan dimohon, maklumat lengkap pemohon beserta nombor
    telefon, nombor faks dan emel untuk dihubungi tidak akan dilayan

3. Surat pemohanan perlulah dihantar selewat-lewatnya sebulan lebih awal untuk memudahkan
    proses permohonan

4. Surat yang diterima dalam tempoh dua minggu daripada tarikh acara atau sambutan tidak akan
    diproses oleh pihak kami

5. Sebarang bentuk permohonan yang berlainan daripada sumbangan majalah/buku, tidak akan
    diproses

6. Sebarang bentuk sumbangan daripada pihak Kumpulan Media Karangkraf adalah dilarang untuk
    tujuan dalam sebarang bentuk penjualan

7. Setiap permohonan yang telah diluluskan, akan dimaklumkan melalui surat yang di emel ke alamat
    berkaitan

8. Ketika pengambilan sumbangan, bawa bersama surat jawapan daripada pihak kami

Garis panduan ini adalah berkuat kuasa serta merta dan sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Sila hubungi eksekutif kami di talian 03-5101 7517 untuk sebarang pertanyaan.