Ada banyak sebab ramai di antara kita yang tidak terus berjumpa doktor untuk menilai simptom-simptom penyakit yang dialami. Alasan yang kerap diberikan ialah kekangan masa, tiada akses kepada profesional, kemudahan mendapatkan maklumat internet dan takut kepada stigma yang dikaitkan dengan penyakit dan gaya hidup. Biasanya, solusi paling mudah ialah bertanya doktor serba tahu iaitu "Dr. Google".

 Meskipun carian internet boleh memberikan pelbagai jawapan untuk persoalan harian, jangan ambil mudah jika ia berkaitan kesihatan anda! Waspada dengan 3 perkara ini sebelum mengambil tindakan terhadap keputusan Google Search anda itu:

 1. Sesiapa pun boleh terbitkan kandungan online

 Apabila anda membuat carian di internet, enjin carian seperti Google akan memaparkan keputusan yang paling hampir dengan keyword carian yang anda gunakan. Dalam ratusan ribu hasil carian yang anda dapat, tidak semuanya datang dari sumber-sumber yang sahih. Mungkin sebahagian daripadanya ialah daripada laman-laman web profesional perubatan, namun keputusan carian akan turut memaparkan artikel-artikel Wikipedia, forum terbuka dan blog peribadi. Lebih bahaya, kini terdapat banyak laman web diragui yang menyampaikan maklumat-maklumat kesihatan yang tidak sahih dengan tujuan untuk mempromosi produk "kesihatan" mereka.

 2. Carian simptom online boleh menyebabkan Cyberchondria

 Sesiapa yang pernah menggunakan Google simptom penyakit sendiri mesti pernah mendapat keputusan ini: KANSER! Tak kiralah apa saja simptom yang anda cari, salah satu kebarangkalian yang disenaraikan ialah penyakit paling menakutkan ini. Selepas itu, mulalah rasa resah, bimbang dan stress walaupun penyakit anda sebenarnya tidak serius pun.

 Keresahan melampau ini digelar Cyberchondria. Penghidap cyberchondria sentiasa bimbang akan kesihatan mereka, namun hanya akan mencari maklumat kesihatan melalui web dan bukannya berjumpa doktor. Mereka boleh menjadi obses dan menghabiskan terlalu banyak masa di internet untuk mencari maklumat sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Disebabkan terlalu obses, penghidap cyberchondria boleh mempebesarkan simptom dan meyakinkan diri bahawa situasi mereka lebih teruk daripada yang sebenarnya.

 3. Wang anda boleh lebur pada rawatan-rawatan yang tak perlu

 Selain menyebabkan keresahan melampau, terlalu mempercayai maklumat online juga menyebabkan seseorang sanggup membelanjakan banyak wang untuk mendiagnos dan 'merawat' penyakit tersebut. Meskipun keputusan ujian yang dilakukan doktor adalah negatif, mereka sanggup mendapatkan pandangan kedua atau ketiga serta meminta ujian-ujian medikal yang tidak perlu. Terlalu bergantung kepada carian internet boleh membawa padah; kebimbangan melampau jika terlebih maklumat, atau kegagalan untuk mendapatkan rawatan sekiranya tidak mendapat maklumat yang cukup. Sebaiknya, teruslah berhubung dengan doktor anda sekiranya mempunyai masalah kesihatan. Sekiranya perlu menggunakan internet memahami simptom yang dihidapi, gunakan sumber-sumber yang diperakui dan disampaikan oleh profesional perubatan bertauliah seperti DoctorOnCall.com.my.

 DoctorOnCall.com.my - Tanya doktor bila-bila & di mana saja!

 DoctorOnCall.com.my menyediakan pesakit dengan akses kepada penjagaan kesihatan bukan kecemasan bila-bila masa dan di mana sahaja terutamanya dari keselesaan rumah mereka sendiri. Dengan platform ini, seseorang boleh bertanya mengenai kesihatan seksual, gangguan haid, mati pucuk, penyakit kelamin (STD) dan HIV tanpa perlu berasa malu. Contohnya, seorang pesakit lelaki boleh membincangkan tentang STD atau HIV dengan doktor Kesihatan Seksual Lelaki melalui panggilan audio. Platform ini juga menyediakan kemudahan untuk memuat naik laporan perubatan atau gambar-gambar simptom mereka seperti ruam dan kecederaan untuk dinilai oleh doktor. Platform ini memenuhi keperluan untuk teleperubatan di bandar-bandar jauh dan negeri-negeri yang kurang mempunyai liputan perubatan di Malaysia. Dengan kemudahan atas talian, pesakit boleh memperolehi pendapat kedua mengenai pelbagai perkara yang melibatkan kesihatan dan perubatan.

 Farmasi Berprekripsi Online

 Majoriti farmasi online di Malaysia tidak boleh menghantar ubat-ubatan berpreskripsi kerana tiada kelulusan daripada doktor. DoctorOnCall.com.my dalam proses menjadi farmasi berpreskripsi online pertama di Malaysia menyediakan rangkaian doktor dan katalog perubatan yang komprehensif. Servis farmasi atas talian juga menawarkan penghantaran untuk pelbagai jenis ubat. Masa untuk penghantaran hanya mengambil 4-6 jam bagi kawasan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, dan 1-2 hari untuk tempat lain di Malaysia.

 Kredibiliti profesional dijamin

 Untuk mengekalkan standard penjagaan perubatan yang tinggi, DoctorOnCall.com.my telah membentuk kerjasama dengan institusi perubatan tersohor dan rangkaian farmasi. Setiap doktor juga telah disemak untuk kriteria pensijilan, pengalaman, dan kepakaran sebelum menyertai DoctorOnCall.com.my. Dengan rekaan yang mudah dan laman web mesra pengguna, pesakit boleh mendapat perkhidmatan yang berkualiti, ketersediaan tinggi, dan masa menunggu minimum hanya 5-7 minit. Ia juga mempunyai integrasi pembayaran yang selamat dan menerima semua kad kredit utama.

 Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DoctorOnCall.com.my, sila hubungi

DoctorOnCall.com.my

Hubungi: +6012 510 3569

Email: contact@doctoroncall.com.my

Laman Web: https://www.doctoroncall.com.my/