Tidak dapat disangkal lagi kehebatan institusi pengajian di Malaysia apabila lima daripada universiti negara kita telah berjaya mendapat tempat di antara 300 universiti terbaik di dunia.

 

Ranking yang telah dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University 2018 semalam menunjukkan bahawa kedudukan beberapa universiti di  Malaysia telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas, di mana hanya tiga universiti yang tersenarai dalam 300 universiti terbaik dunia.

 

Wah, mesti korang-korang yang menuntut di IPT yang tersenarai ni bangga gila kan? Mana tidaknya, walaupun tak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi sudah jelas lagi bersuluh menunjukkan bahawa Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam menerajui sistem pendidikan.

 

 

Ha, mesti ada yang tak sabar-sabar nak tahu universiti mana yang tersenarai tu kan?

 

Masih lagi mengekalkan sebagai IPT terbaik di Malaysia, Universiti Malaya mencapai kedudukan paling tinggi sejak edisi pertama pada tahun 2004.Tahun ini, universiti ini telah naik sebanyak 19 tempat dan kini berada pada kedudukan ke-114.

 

Dua lagi universiti yang tersenarai adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang naik pada kedudukan 230 daripada tangga 302 dan Universiti Sains Malaysia (USM), yang melonjak kepada kedudukan 264 daripada 330 tahun lepas.

 

 

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) naik dari tangga ke-270 ke kedudukan 229 dan Universiti Teknologi Malaysia daripada kedudukan 288 ke-253.

 

Secara keseluruhannya, terdapat sembilan buah universiti di Malaysia yang tersenarai dalam ranking dunia ini dan lima daripadanya mendapat kedudukan yang lebih baik, manakala tiga buah universiti masih mengekalkan kedudukan dan hanya satu yang menurun.

 

Universiti terbaik dunia

Bagi mereka yang tertanya-tanya universiti mana yang mendapat kedudukan tertinggi di dunia tu, ni REMAJA nak share sikit. Massachusetts Institute of Technology telah menjadi universiti terkemuka dunia untuk rekod enam tahun berturut-turut.

 

Manakala, Universiti Stanford mengekalkan tempat di tangga kedua dan Universiti Harvard pada kedudukan ketiga. California Institute of Technology telah berjaya merampas kedudukan Universiti Cambridge di tangga keempat dunia.

 

Bukan calang-calang institusi pendidikan yang ada di Malaysia ni. Namun, mesti ada mulut-mulut yang berkata “Ala, tangga beratus pun, apa yang hebatnya.”

 

Korang kena ingat, dalam ribuan pusat pengajian yang ada di dunia, bukan senang nak dapat tempat terbaik macam ni. Jadi, korang harus bangga bila universiti negara kita turut tersenarai dalam universiti terbaik dunia.

 

Sumber: nst.com.my