Mesti ramai dah tak sabar menanti keluaran terbaru iPhone 8 yang dengarnya akan berada dipasaran pada September nanti.

 

Sistem pemfokusan berasaskan laser pertama kali dilihat pada LG G3. Dengan teknologi ini, kamera boleh memfokuskan objek dengan lebih pantas.

 

Ia telah digunakan secara meluas pada peranti Android dan terdapat ura-ura mengatakan bahawa mungkin teknologi ini akan digunakan pada iPhone 8.

 

 

Menurut laporan FastCompany, iPhone 8 akan dilengkapi sistem pemfokusan laser 3D VCSEL (Vertical-Cavity Surface-Emitting Laser).

 

Sistem ini berbeza bukan saja akan mempercepatkan pemfokusan iPhone, tetapi akan memudahkan pengiraan jarak objek dari peranti untuk aplikasi Augmented Reality (AR).

 

Sumber ini dikuatkan lagi apabila Apple dilihat memesan komponen dari Lumentum dan Finisar, syarikat yang menghasilkan VCSEL.  

 

Wah, kalau betul khabar angin ni, happy la semua peminat iPhone kan? Makin canggih la handphone korang nanti.

 

Sumber: Sinar Harian