Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan virus Ransomware yang sedang hebat menyerang PC Windows di serata dunia. Impak daripada serangan ini boleh menyebabkan data-data dalam komputer korang tidak dapat lagi digunakan.

 

Apa yang lebih membimbangkan, untuk mendapatkan semula data-data komputer tersebut, korang terpaksa mengeluarkan duit untuk membayar kepada individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini. Mudah kan orang zaman sekarang buat duit?

 

 

Walau bagaimanapun, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang juruteknik komputer, Mohamad Taufik Jabir telah menarik perhatian REMAJA untuk memberikan panduan kepada korang semua tentang langkah-langkah awal yang boleh dilakukan sebelum virus ini menyerang komputer anda.

 

Jom ikuti kupasan yang diambil sendiri dari laman Facebook Mohamad Taufik Jabar ini.

 

Apa itu Ransomware?

Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah rasanya jika korang tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Ransomware ini. Ransomware adalah sejenis Malware komputer yang menjalankan kerja-kerja jahat di belakang tabir komputer (Computer Process) dengan mengunci (encryption) data/file pengguna tanpa mereka sedari.

 

Ia bukan sahaja mengunci segala file, malah turut meminta  wang dengan memaparkan nota tebusan sama ada dalam bentuk wallpaper komputer atau nota di komputer korang, jika mahukan semula file yang telah dikunci tadi.

 

Terdapat banyak jenis Ransomware yang sedang menular di alam siber ini. Antaranya ialah Zepto, Cerber, Mamba, Popcorn, Marlboro, Globelmposter, Globe3, Derialock, PHP Ransomware, WildFire, Chimera, Teslacrypt, Shade, CoinVault, Rakhni, Jigsaw, TM Ransomware, NMoreira dan banyak lagi sehingga berpuluh-puluh jumlahnya.

 

Daripada pembacaan juruteknik komputer ini, kebanyakan mereka tidak mendapatkan semula file asal mereka dan ditipu hidup-hidup dengan memberi wang berjuta-juta kepada si pemeras ugut. Ada juga yang dapat semula file mereka dan diberikan kunci untuk membuka file tersebut (decrypt) dalam bentuk decryption software dan private key untuk membuka file yang telah dikunci tetapi file yang mereka dapat tidak seperti yang asal.

 

Jadi, bagaimana nak mencegah virus Ransomware ini daripada menular, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh korang ikut.

1.    Jika sebelum ini korang tidak pernah terkena Ransomware, disarankan supaya download dan install perisian RansomFree oleh Cybereason ini.

 

Perisian ini adalah perisian anti-ransomware yang mana jika ada serangan Ransomware yang dikenali didalam database nya dan Ransomware tersebut cuba untuk bertindak di komputer korang, maka Cybereason RansomFree akan menyekat misi jahatnya di komputer tersebut.

 

2.    Pastikan komputer/laptop korang menpunyai Anti-virus percuma atau berbayar yang terkini dan databasenya sudah pun di kemaskini. Sekiranya komputer/laptop kau orang masih tiada Anti-Virus lagi, baik di install segera.

 

“Kalau install Anti-Virus Crack boleh tak?”

 

Disarankan supaya korang tidak berbuat begitu. Anti-Virus crack ini berisiko. Jika database Anti-Virus dapat mengesan korang menggunakan Ilegal Serial Key, tak pasal-pasal dia block Anti-Virus tersebut. Bila sudah kena block, ia akan terdedah dengan serangan virus yang lain pula.

 

Jika ada duit lebih, beli Anti-Virus yang original. Bukan untuk orang lain, untuk perlindungan komputer korang juga. Jika tidak mampu, install yang percuma pun boleh. Janji ada perlindungan Anti-Virus.

 

 

3.    Amalkan asas pelayaran Internet yang selamat.

 

Antaranya:

- Tidak klik mana-mana pautan link yang mencurigakan.

- Tidak membuka email-email yang tidak dikenali atau mencurigakan.

- Tidak klik pada Popup iklan-iklan yang mengarut atau tidak berfaedah.

- Tidak download file atau perisian sembarangan jika anda tidak mengetahui kesahihan sumber file atau perisian tersebut.

 

Buat masa sekarang, hanya tiga langkah pencegahan awal yang umum sahaja dapat Mohamad Taufik jelaskan. Namun, ada juga cara teknikal untuk mencegah virus ini tetapi tidak dapat dihuraikan secara ringkas untuk pemahaman bersama.

 

Adakah langkah pencegahan awal ini dapat membendung sepenuhnya terhadap serangan Ransomware?

 

Ransomware ini bukanlah ancaman yang boleh dibuat main kerana ianya sentiasa berevolusi dari hari ke hari (evolve). Boleh dikatakan, serangan Ransomware ini datang dengan pelbagai cara yang kita sendiri tidak sangka ianya boleh terjadi begitu. Jadi, ia tidak boleh dijamin 100 peratus komputer/laptop korang akan terselamat daripada serangan ini.

 

Sekiranya terkena serangan Ransomware selepas ini, berikut merupakan beberapa tindakan yang boleh korang ambil untuk mengurangkan risiko kehilangan file akibat serangan ini.

- Tutup sambungan komputer ke internet dengan segera.

- Terus buka Control Panel —> Recovery —> Start System Restore. Cepat-cepat buat System Restore ini pada komputer korang. Pilih tarikh restore sebelum terkena serangan Ransomware ini.

- Selepas proses System Restore berjaya, Cabut semua external device yang sedang bersambung di komputer. Terutamanya sekali external hard disk dan juga pendrive.

- Download perisian Malwarebyte di komputer lain dan install pada komputer korang. Selepas install, scan keseluruhan komputer tersebut.

 

Adakah cara ini berkesan sepenuhnya?

 

Tidak dapat disahkan namun ada juga yang berbuat begini dan Alhamdulillah, dapat mengurangkan risiko kehilangan filenya. Ini merupakan salah satu cara yang boleh korang cuba untuk menyimpan file.

 

 

Macam mana nak kenal pasti serangan Ransomware jenis apa yang kita kena?

 

Apabila terkena serangan Ransomware ini, korang akan jumpa "Ransome Note" ataupun file yang telah di encyrpt oleh Ransomware pada komputer tersebut. Pergi ke laman web ini, id-ransomware.malwarehunterteam.com, upload salah satu file ini ke laman web tersebut. Ianya akan mengenal pasti ID Ransomware yang korang terkena.

 

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menambahkan ilmu korang tentang virus Ransomware ini. Moga-moga tidak ada yang terkena serangan ini dan REMAJA ingin ingatkan korang semua supaya berhati-hati sebelum klik mana-mana link yang ada di komputer tersebut.

 

Semoga bermanfaat.