Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 10 orang
 
 
BAHAN - BAHAN:
  • 700gm udang besar
  • 8gm serbuk kunyit
  • 60gm cili giling
  • 30gm serbuk cili
  • 2 biji telur ayam
  • 50gm tepung jagung
  • 50gm tepung beras
  • 8 helai daun kari
  • 30gm serbuk kari ikan
  • 10gm garam
  • Minyak masak secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan perap selama tiga jam.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, gorengkan udang sehingga kekuningan.
3. Hiaskan dengan daun kari.