Terma & Syarat
| 1. | Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd berhak untuk menolak, menggantung, membatal, atau menukar sebarang iklan dan bayaran telah diterima akan dipulangkan semula. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat iklan yang tidak dipaparkan. |
| 2. | Pihak Karangkraf akan berusaha untuk mengikut tarikh mula iklan seperti yang telah ditetapkan tetapi berhak untuk menahan sebarang iklan tanpa merujuk kepada pengiklan atau wakilnya. Pihak Karangkraf juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang diakibatkan oleh kegagalan untuk memaparkan iklan tanpa mengira sebab. |
| 3. | Pihak kami berhak untuk membuat sebarang perubahan yang dianggap perlu di dalam iklan setelah diberitahu kepada pengiklan atau wakilnya, atau meminta ianya diubah. |
| 4. | Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pihak kami perlu diberitahu sebelum tarikh iklan dipaparkan. Jika tidak, sebarang aduan tidak akan dilayan. |
| 5. | Pengiklan atau wakil yang menghantar iklan akan membayar ganti rugi kepada pihak kami dari segi kos, ganti rugi atau caj lain yang perlu ditanggung oleh pihak kami disebabkan tindakan undang-undang atau amaran tindakan undang-undang akibat daripada paparan iklan yang diberikan kepada pihak kami oleh pengiklan atau wakil mengikut terma yang ditetapkan di sini. |
| 6. | Pihak kami tidak akan memberi bayaran balik sekiranya pengiklan atau wakil membuat pembatalan. |
| 7. | Pengiklan dianggap bersetuju dengan terma dan syarat di atas apabila membuat tempahan untuk memaparkan iklan di dalam laman web ini. |