Soalan:
Bagaimanakan caranya untuk saya mendaftar menjadi ahli MyKraf? |
Jawapan:
Untuk mendaftar menjadi ahli MyKraf, caranya mudah sahaja:
- Klik pada butang Daftar pada ruangan Pendaftaran yang terletak di bahagian atas kanan muka depan http://www.karangkraf.com.
- Isikan borang yang disediakan. Pastikan semua butir-butir yang bertanda * dilengkapkan.
- Setelah semuanya lengkap, klik pada butang Daftar yang terdapat di bahagian bawah borang.
- Anda kini telah menjadi ahli MyKraf dan boleh menikmati keistimewaan yang disediakan.
- Pendaftaran adalah percuma.
|
Soalan:
Saya masih menghadapi masalah untuk mendaftar sebagai ahli, apa yang patut saya lakukan? |
Jawapan:
Kepada yang menghadapi masalah untuk mendaftar, sila emelkan masalah anda kepada webmaster@karangkraf.com.my bersama-sama dengan butir-butir di bawah dan kami akan uruskan dahulu pendaftaran anda. Butiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
- ID Pengguna pilihan anda
- Pilih soalan pembayang:
- Apakah makanan kegemaran anda?
- Apakah nama binatang kesayangan anda?
- Apakah warna kegemaran anda?
- Siapakah artis yang anda minati?
- Jawapan kepada soalan pembayang
- Nama penuh
- Emel
- Alamat
- Jantina
- Tarikh Lahir
- Browser yang digunakan, sebagai contoh Internet Explorer atau Netscape dan sebagainya
- Masalah yang dihadapi ketika mendaftar
|
Soalan:
Bagaimanakah caranya jika saya ingin menukarkan kata laluan? |
Jawapan:
Anda perlu menukar kata laluan yang diberikan ini dengan:
- Mendaftar masuk dahulu menggunakan kata laluan di atas.
- Klik pada pautan "Ubah Profil" yang terdapat di bahagian atas kanan muka depan laman.
- Kemudian klik pada butang "Tukar kata laluan" yang terletak di bahagian atas kanan borang.
- Lengkapkan butir-butir yang diperlukan dan klik butang "Tukar kata laluan".
- Anda kini boleh menggunakan kata laluan anda yang baru.
|
Soalan:
Sekiranya saya menggunakan kemudahan MyKraf, berapakah bayaran yang akan dikenakan? |
Jawapan:
Untuk pengetahuan, tiada bayaran dikenakan apabila menggunakan kemudahan MyKraf.
|
Soalan:
Bolehkah saya tahu apa kelebihan menjadi ahli MyKraf? |
Jawapan:
Keistimewaan menjadi ahli MyKraf adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Penambahan keistimewaan akan dibuat mengikut perkembangan laman web ini.
Keistimewaan sebagai ahli MyKraf
- Dapat mengakses artikel-artikel yang telah dipaparkan di dalam laman web ini.
- Menyertai forum dengan menghantar topik baru dan juga komen-komen.
- Berpeluang untuk menyertai undian secara online
- Pemberitahuan mengenai aktiviti-aktiviti anjuran KKSB atau promosi lain akan dibuat melalui emel (newsletter).
- Mendapat informasi terkini mengenai majalah-majalah baru terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
|