Aksesori burung
Cantik Dipandang
Si burung tumpang berlindung
Menempatkan rumah-rumah burung di taman bukan sahaja menambahkan lagi keindahan taman malah ia turut mampu menjadi tarikan sang burung untuk tumpang berteduh.
Meletakkan rumah burung di dalam taman bukan sahaja menambah seri gaya landskap tetapi juga dapat menggalakkan burung bertandang sekali gus ini menghidupkan suasana sekeliling.
Dalam masa yang sama, ini juga dapat membantunya memiliki tempat berlindung dan membesarkan anak-anak sekiranya habitat asalnya musnah kerana terpaksa mengalah dek pembangunan.
Kepelbagaian rupa bentuk rumah burung yang terdapat di pasaran menggambarkan cita rasa pemilik. Sungguh pun begitu, dalam memilih rekaan mana yang berkenan di hati, jangan lupa pula material yang digunakan haruslah tahan lasak untuk tempoh penggunaan yang lebih lama.
Rumah burung yang dijual di pasaran ataupun ada juga yang boleh ditempah khas muncul dengan pelbagai bentuk rumah comel lagi menarik perhatian. Mungkin ada yang LAMAN paparkan di dalam edisi terbaru ini bakal menghiasi taman anda kelak.
Kawan biar seribu di Friendster
Majalah PC > Dunia IT
Kawan biar seribu di Friendster
Fenomena yang menjadikan masyarakat Malaysia pengguna Friendster paling aktif di dunia.
Bayangkan kita baling batu dikalangan orang ramai dan terkena pada seseorang. Jika ditanya adakah mereka mempunyai Friendster, jawapannya adalah ya. Apakah kaitan antara batu dan Friendster? Tiada, cuma...