LANGGANAN | ||||||||||||
| Info | | | Cara-cara | | | Etika | | | Notis | | | Soalan Lazim | | | Aduan Pelanggan | ||
INFO LANGGANAN
Apakah Langganan?
Langganan merupakan pembelian yang di bayar dahulu kosnya (harga selepas diskaun, termasuk kos penghantaran dan keluaran bumper) berdasarkan persetujuan pembeli dengan pengeluar majalah dalam jangkamasa SETAHUN, ENAM BULAN atau TIGA BULAN. Manakala pihak pengeluar akan menghantar majalah tersebut pada setiap keluaran (bulanan, mingguan, dua kali sebulan, dua bulan sekali, atau tiga bulan sekali) mengikut bayaran yang telah dipersetujui pembeli.
Sekiranya anda sudah melanggan mana-mana majalah terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) tetapi anda masih tidak menerima majalah anda, sila hubungi Unit Langganan seperti alamat tertera di bawah.
Setiap borang langganan hendaklah diisi dengan LENGKAP, JELAS dan menggunakan HURUF BESAR.
Penghantaran pertama akan dibuat dalam masa DUA BULAN dari tarikh penerimaan borang yang lengkap ke Unit Langganan.
Tiada pengembalian wang akan diberikan untuk sebarang pembatalan langganan majalah yang telah dibuat.
Sebarang perubahan maklumat peribadi berkaitan langganan hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dan dihantar melalui pos, email, sms atau faks di alamat tertera.
Harga langganan adalah harga majalah selama setahun selepas diskaun 20% (baru) dan 25% (pembaharuan) dan termasuk isu bumper serta kos penghantaran (postage).
Isu bumper adalah keluaran khas bagi majalah-majalah tertentu di mana harga jualan dan kos penghantaran adalah berbeza. Majalah yang terdapat isu bumper adalah majalah Impiana (3 isu), Keluarga (2 isu) Nona (3 isu), Pengantin (1 isu), Rasa (4 isu) dan Laman Impiana (1 isu).
Alamat:
Karangkraf Network Sdn Bhd
Unit Langganan
P/S 7041 Pejabat Pos Besar Shah Alam
40700 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5101 3888
Telefon Bimbit (SMS): 019-3310102
Faks: 03-5101 3893
Email: langganan@karangkraf.com.my
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |
| - |